Jemputan Kahwin

530 33 3
                                    

Eleeza sedang beratur mengambil makanan. Sudah kahwin teman rapatnya, Cikgu Rabiatul dengan seorang anggota polis. Tak sangka sungguh. Ramai juga teman sekolah yang turut hadir. Eleeza datang sendirian tidak berteman berbanding dengan yang lain. Yang sudah mengelek anak pun ada juga. Dia je yang keseorangan.

"Hai, doktor," sapa Mejar Nasrun Parsha di tepi Eleeza.

"Tuan pun ada sini?" Soal Eleeza pelik.

"Ini rumah sepupu mak saya. Doktor pulak buat apa kat sini?" Soal Mejar Nasrun Parsha.

"Pengantin perempuan tu, kawan baik saya masa kat MRSM dulu. Tak sangka pulak," senyum Eleeza.

"Ooo Biah tu kawan doktor rupanya. Doktor datang dengan siapa? Jomlah join kami, Mie ada kat sana. Saya boleh kenalkan dengan isteri saya sekali," pelawa Mejar Nasrun Parsha mesra. Mejar Najmi yang duduk di meja sana tak senang duduk melihat Eleeza tiba-tiba ada di majlis perkahwinan saudara Mejar Nasrun Parsha.

"Satu batalion ke?" jenaka Eleeza.

"Tidaklah. Mie dan Widad aje," senyum Mejar Nasrun Parsha.

Eleeza memang doktor gigi pujaan ramai di hospital tentera. Kalau masa Eleeza bertugas memang jadual temujanji dengan pesakitnya pasti penuh. Nak scaling gigilah, nak basuh gigilah, nak tampal gigilah. Macam-macam.

"Adik prebet, abang kenalkan. Ini Kapten Dr. Eleeza kenalan rapat abang kat Mindef. Kalau adik prebet, nak buat rawatan gigi boleh jumpa dia. Doktor, ini isteri saya, Suhana" Mejar Nashrun Parsha memperkenalkan Eleeza pada Suhana.

"Apa khabar puan?" Sapa Eleeza penuh mesra.

"Ooo ini ke rupanya Kapten Dr. Eleeza tu yang selalu abang cerita tu ya. Cantik orangnya patutlah ramai peminat," senyum Suhana memuji Eleeza.

"Peminat apanya puan. Pandai saja puan buat cerita," segan Eleeza.

"Klinik gigi penuh masa saya nak buat rawatan gigi minggu lepas. Bila saya tanya siapa doktor yang bertugas, nurse cakap Dr. Eleeza," cerita Suhana senyum menyusik Eleeza yang anggun berkebaya labuh bewarna putih dengan dipadankan dengan kain batik sutera.

"Oooo... lain kali puan call handphone saya. Untuk kenalan rapat saya buat macam tulah selalunya. Buat temujanji seminggu awal. Saya pun bukan selalu ada di klinik. Kekadang di padang sasar untuk berlatih," jelas Eleeza mesra.

"Abang Komandan ada cerita. Ini pertama kali saya jumpa pemanah kebangsaan. Perempuan pulak tu. Bagaimana boleh terjerebak?" Soal Suhana.

"Oooo...sukan ni kurang popular. Saya masuk dulu pun sebab nak cukupkan aktiviti kokurikulum masa di asrama dulu. Entah macam mana jurulatih saya waktu itu adalah pemain kebangsaan yang sedang mencari pelapis. Saya pun terus diserap masuk. Masa di university pun saya aktif juga. Tapi sekarang, tukar selera jadi lebih agresif dengan kuda sekali. Sampai sekarang ni masih ketagih memanah sambil berkuda. Rasanya macam general perang yang hebat di medan perang, puas sangat," cerita Eleeza.

"Memanah dan berkuda bukankah sunah nabi. Saya pun kalau berkesempatan nak cuba belajar memanah. Pengalaman yang sangat menarik. Doktor ada buka kelas ke?"

"Adik prebet!" tegur Mejar Nashrun Parsha.

"Bolehlah Abang Komandan, belajar dengan doktor aje," pujuk Suhana manja.

"For what adik prebet?" Soal Mejar Nashrun Parsha nakal.

"Nak panah hati Abang Komandan lagi lah," usik Suhana selamba.

Eleeza rasa senang bersama dengan Mejar Nashrun Parsha dan isterinya Suhana. Selalu juga terserempak dalam majlis rasmi di mes. Tapi tak sempat nak beramah mesra. Pasangan romantis yang cukup sepadan. Macam pinang dibelah dua cantiknya.

SHE'S THE ONEWhere stories live. Discover now