Ajak Dating

446 31 0
                                    

Kereta Satria Neo Eleeza di tahan dalam road block di persimpangan Mont Kiara. Membebel Eleeza dalam hati. Sudahlah lewat untuk sesi latihan kena tahan pulak. Roadtax kereta hidup lagi. Tali pinggang pun pakai. Speeds trap? Adehhh parah, sudah tiga kali kena speeds trap ni. Kalau dapat juga surat cinta dari abang polis ni memang dicium-cium juga pipi abang tu nanti, telah Eleeza dalam hati.

Di lihat depan dan belakang semua kereta mewah yang berhenti di susur kiri jalan. Dia hanya memandu kereta Satria Neo yang telah diubah suai agar enjinnya senyap tapi laju berdesup. Catnya pula sudah ditukar warna hitam batman berjalur dua kuning melintang di tengah kereta.

Seorang pegawai polis yang lengkap beruniform datang menghampiri kereta Eleeza. Ditangannya sudah terlihat buku saman yang di selak penuh tertib. Eleeza sudah dapat menjangka apa yang akan terjadi. Tak boleh ni!

"Cik lesen dan IC," minta pegawai itu yang masih tidak menunjukkan wajahnya di sebalik Rayban dan cap.

"Saya kena saman ke tuan?" Soalan Eleeza.

"140 km/sejam di kawasan had laju 90 km/sejam. Rasanya kena samanlah tu," ucap pegawai polis itu serius dan bersahaja.

"Emmmm... tolonglah tuan. Saya nak cepat ke sesi latihan di Mont Kiara. Kalau tuan beri juga surat cinta ini pada saya. Alamat cukup kuota saya sebulan terima empat saman. Saya tahu saya salah, tapi saya terpaksa sebab memikul tanggungjawab negara tuan," hujah Eleeza. Kad pengenalan dan lessen memandu diserahkan pada pegawai polis.

"Awak macam nak pancing saya je, cik...Eleeza?" Soal pegawai itu.

"Bukan pancing tuan. Mohon belas kasihan," senyum Eleeza.

Pegawai itu tunduk dan memandang pada Eleeza. Lama dia diam memerhatikan Eleeza. Musykil Eleeza seketika. Perlahan Rayban dibukanya. Pandangan mata bertaut seketika. Cepat saja jari Eleeza mencuit hidung pegawai polis yang terpaku diam.

"Tuan?" panggil Eleeza. Rasa macam nak hantukkan saja kepala pada hidung Nazim. Selamba bersahaja muka tak bersalahnya.

"Mmmm... manja pun suara Eza panggil saya macam tu," senyum Nazim meleret panjang. Menggeleng Eleeza dibuatnya.

"Tuan ni buat saya cuak aje. Saya sudahlah lambat ke sesi latihan," senyum Eleeza mengeluh lega.

"Betul ke sudah dapat tiga saman?" Soal Nazim. Penuh rasa ingin tahu. Terdetik rasa risau dihati dengan cara pemanduan Eleeza yang melanggar undang-undang jalan raya kalau macam ni.

"Saya kena saman ke?" Soal Eleeza yang sudah tersengih malu.

"Jawab dulu soalan saya Kapten Dr. Eleeza," serius suara Nazim. Keselamatan tak boleh dibuat main. Itu kepantangan bagi Nazim.

"Ehemmm macam ayat nak pasang umpan aje tuan," balas Eleeza saja nak mengenakan Nazim. Tak mahu mood Nazim bertukar serius.

"Pancingan saya pasti berhasil, nak pulak ikan tu sudah ada tiga saman. Nak cuba?" Balas Nazim bersahaja. Tajam memandang pada Eleeza yang tak mahu menjawab soalannya.

"Silakan, ikan ini tak makan sembarangan umpan, tuan," sengih Eleeza. Tak mahu mengalah.

Mengeluh kecil Nazim melayan sikap ramah Eleeza yang melarikan diri dari menjawab soalannya.

"Well! Eza perlu tahu yang pancingan saya teristimewa. Hanya yang kebal dengan kejutan boxer koyak saja yang layak. Sudi makan malam dengan saya hari ini? But sebelum tu, betul ke dah tiga saman?" Soal Nazim selamba.

Eleeza terus mendekatkan mukanya di pintu kereta. Nazim kembali menegakkan kepalanya. Tangan terus bersilang di dada menunggu jawapan Eleeza.

Fikiran Eleeza ligat berfikir nak mengenakan Nazim lagi. Entah kenapa Eleeza pun tak pasti, mungkin sebab insiden lucu dulu kot dia rasa selesa dan senang berada di sisi Nazim.

SHE'S THE ONEWhere stories live. Discover now