Intro❤

804 41 0
                                    

" ughh!! " keluh Lisa.Disebabkan ayahnya dinaikkan pangkat kerja , mereka sekeluarga harus berpindah keluar dari rumah mereka di Dangeun ke Seoul. " Lisa! Kamu tak nak lambat ke hari pertama di sekolah baru kamu bukan? " ujar Puan Bae ,Omma Lisa
"Ya!"

"Appa! Sekolah baru ni jauh ker dari rumah kita? " tanya Lisa.Ayahnya, Encik Kang menggeleng " Jarak dari rumah kita ke sekolah kira-kira 10minit sahaja "
Lisa tersenyum.Gadis yang berkacukan Thailand Korea itu memang suka berjalan kaki ke sekolah.Dia tidak gemar dihantar omma atau appa kerana Katanya menyusahkan sahaja.

                           Next•

"Wah! besarnya sekolah ini " Lisa tergumam melihat Sekolah Menengah  Muzik dan Tarian didepannya . Appa nya hanya mampu menggeleng.Dia sebenarnya berasa serba salah kerana dulu Lisa suka akan sekolah lamanya dan dia dapat ramai kawan . Ayahnya memandangnya dan mengeluh kecil.

                        •Next•

Selepas sesi pendaftaran , "Lisa,Appa balik dulu yer.Lisa baik-baik disini , jaga makan minum , jaga diri , jangan nakal-nakal ,dengar cakap cikgu....." percakapan Appa terpotong apabila tiba-tiba Lisa tergelak.Appa nya kehairanan melihat tingkah laku anaknya. Lisa menyedarinya. "Appa..Lisa dah besar la! Lisa bukan tinggal dekat asrama sekolah jadi! Lisa tahu apa yg terbaik untuk Lisa...Appa pulanglah..kesian Omma sorang-sorang dekat rumah....Nanti tunggu Lisa balik yer " . Appa Lisa memgangguk lalu berlalu pergi.

                        Next•

" Jung! " jerit Jimin. Jungkook memandangnya sekilas . " Jung! rehat ni kita lepak oky? " cadang Jimin . Jungkook hanya mengangguk.

                        •Next•

" Dimana yer kelas menari?" tanya hati Lisa . Sudah puas dia pusing satu sekolah untuk mencari kelas menari untuk membuat pendaftaran. Lisa mengeluh kepenatan . Tanya orang sahaja lah. " Hey! kamu! " jerit Lisa.
Jungkook memandangnya dan berlalu pergi. " Dasar budak sombong! " jerit Lisa. Jungkook terdengar dan datang menghampiri Lisa . Lisa terkejut .  "Mian ! "

LovetearsWhere stories live. Discover now