Bab 14💭

366 32 0
                                    

" Lisa...saya rasa awak perlu berikan emosi lebih dalam lagu chorus As If Its Your Last...emosi yang teruja dan seronok. " pinta Jimin. Lisa hanya mengangguk dan tersenyum. Mereka berdua berada di dalam bilik dance practice Jungkook kerana mereka sudah bercadang untuk berjumpa di situ selepas sekolah
 
                              ❤❤❤

" Aku nak bawak Lisa pergi jalan-jalan weekend nii...So nanti kau takyah risau pasal dia...lagipun,dia dah setuju. "

Suara Mingyu tergiang-giang di telinga Jungkook. Manakah tidaknya ,
perempuan yang sudah mulai disukainya itu telah diajak keluar oleh lelaki lain dan paling menyakitkan dia hanya membiarkan sahaja lelaki itu membawa Lisa pergi tanpa menghalangnya. " Tak guna! " ucap Jungkook sambil menyerabutkan rambutnya. Jimin dan Lisa memandang Jungkook kehairanan. " Jung? kau okey? dari tadi kau senyap jer " tanya Jimin.
Jungkook tersedar dari lamunan dan memandang jimin lalu mengiyakan sahaja keadaannya. " Jung..aku nak pergi naik atas kejap nak ambik air ...kau dengan Lisa berlatih laa dulu tarian duet " pinta Jimin. Jungkook mengangguk. " Shall we dance now ? " tanya lelaki itu kepada Lisa sambil menghulurkan tangannya.Lisa tergamam.

                              ❤❤❤

" Jungkook! Jungkook ! kau fikir Lisa akan jadi milik kau ker? Dia akan pilih kau? Haha..memang taklah Jungkook....Aku akan rampas dia dulu. "  ucap Mingyu dengan bangga. Dia merasa gembira apabila hujung minggu ini dia akan keluar bersama perempuan yang sudah lama disukainya.

                              ❤❤❤

" Baiklah! aku akan pasang lagu oky? ready Jungkook ? " tanya Lisa. Jungkook menunjukkan ibu jarinya sahaja . Lagu Beautiful by Crush berkumandang. Mereka menari dengan serasi dan padan. Sesekali mata mereka bertentangan , panahan cinta terkena di hati mereka. Sehingga penghujung lagu , Jungkook memusingkan badan Lisa lalu dibawanya Perempuan itu kedalam pelukannya berdasarkan gaya yang mereka berlatih. Pegangan di pinggang Lisa dieratkan. Ditariknya gadis di hadapannya itu agar mendekatinya sehingga hidung mereka bersentuhan. Nafas hangat satu sama lain dapat didengari. Saat itu mata mereka bertentangan dan  dengan perlahan bibir mereka mula bertaut. Mereka tahu bahawa mereka sudah mula menyukai satu sama lain.
" Aku suka kau Lisa! aku tak main-main, adakah aku nampak seperti main- main ? " tanya Jungkook dengan nada sedikit lembut namun serius.
Lisa menggeleng dan untuk kali keduanya bibir mereka bersentuhan.

                             ❤❤❤

From :  Bae Lisa
-Mingyu...Sorry saya tak dapat nak keluar dengan awak weekend ni..Jungkook tak bagi...

" Tak guna kau Jungkook!! " jerit Mingyu. Dia mencampak telefonnya ke hujung katil. Perasaan marah sudah mula menguasainya. Dia mengenggam penumbuk. " kalau aku tak dapat kau dengan cara lembut..aku akan guna cara kasar ...Bae Lisa " Mingyu tersengih ngeri.

                          ❤❤❤

" Bye Jimin! buat yang terbaik esok " ucap Lisa. Dia dan Jungkook mengiringi Jimin ke pintu utama rumah selepas Jimin harus pulang.
Jimin melambai Lisa dan berlalu pergi. Lisa melambai balik Jimin.
" Tak payahlah ...lambai-lambai sangat...esok jumpa jugak dekat sekolah " ucap jungkook. Lisa menjeling Jungkook sekilas.
" Dah lewat malam nii! masuk! " arah Jungkook. Dia menggengam tangan Lisa dan dibawanya gadis itu kedalam rumah sehingga sampai didepan bilik Lisa. " Dah pergi sana! tidur! dah lewat malam nii! nanti kau penat ! " arah Jungkook.
Lisa mengangguk. " Selamat malam Jungkook! " . " Lisa? " . Lisa berpaling menghadap Jungkook apabila lelaki itu memanggilnya. Lisa terkaku didepan biliknya apabila Jungkook menghadiahkan satu ciuman di dahi mulusnya. " Selamat malam, Sayang, tidur nyenyak "ucap Jungkook lalu berlalu masuk ke biliknya. Lisa mengusap pipinya yang dah mula kemerahan itu. " Apakah itu tadi? " tanya hati Lisa.

LovetearsWhere stories live. Discover now