1. Bayangan

6.4K 30 0
                                    

"Nina, kemas bilik satu." kata abah. Nina memandang ke arah abah yang sedang berdiri didepan pintu biliknya. Buku Rahsia terbitan Fixi yang sedang dibaca diletakkan ditepi katil. Dia bangun dan menuju ke bilik satu yang berada dihujung koridor.

"Nina." panggil abah semasa Nina berada didepan pintu bilik satu.  "Lepas kemas tu tutup aircond sekali. Kak Ayu dah balik." pesan abah. 

"Habis dinner macam mana, bah?" Nina mengerut dahi. 

"Abah makan luar dengan Ummi. Nina nak ikut tak?" tanya abah.

"Nina makan dengan Fateh jelah." 

Abah membuat isyarat okay dan menghilang disebalik tangga. Nina membuka pintu bilik satu. Dia mengeluh melihat keadaan bilik yang sedikit bersepah. Cadar katil yang berkedut, ditegangkan. Selimut yang bergelimpangan dilantai diambil. Dia meraba-raba ada cecair di selimut itu. 'Air tumpah lah ni.' desisnya. Nina melemparkan ke bakul di tepi meja solek. Sisa-sisa makanan dan bekas minuman dikutip dan dibuang. 

Selesai kemas dia membawa bakul berisi selimut dan sampah makanan ke dapur di tingkat bawah. Selimut dimasukkan ke dalam mesin basuh. "Na." tegur Asrul yang baru masuk ke dapur. Nina tidak mengendahkan kehadiran Asrul. Dia terus menyatukan sampah didapur dan sampah dari bilik satu. 

"Yih!" omel Nina apabila sampah berterabur. Nina membongkok mengutip sampah yang bersepah itu. "Meh aku tolong." Asrul menolak punggung Nina yang menghala ke arahnya semasa Nina membongkok. Nina tertumus ke depan sedikit. Asrul mengambil plastik sampah hitam ditangan Nina. Laju dia mengutip semua sampah kemudian mengikat plastik hitam itu.

"Eeee... apa tolak-tolak ni."

"Nah hadiah." Asrul menghulur plastik hitam kepada Nina tanpa mengendahkan kata-kata Nina tadi. Dia membasuh tangan dan meninggalkan Nina sendirian didapur.

"Na, makan dengan Fateh ke?" tanya Asrul semasa Nina melalui ruang tamu. Asrul sedang leka dengan handphone ditangannya. "Aku join." kata Asrul tanpa menunggu jawapan dari Nina. Nina membalas okay dan terus menuju ke tingkat satu.

Nina berjalan ke arah biliknya yang berada ditepi tangga. Rumahnya mempunyai empat bilik ditingkat satu dan lima bilik ditingkat dua. Dibahagian bawah pula hanya ada satu bilik sahaja, bilik Kak Ayu. Dua bilik ditingkat satu mempunyai saiz sederhana dengan bilik air didalam, iaitu biliknya dan ummi abahnya. Manakala dua bilik yang lain sama dengan bilik-bilik di tingkat dua mempunyai saiz kecil dan berkongsi bilik air untuk customer. Pada awalnya rumah tiga tingkat ini hanya mempunyai dua bilik di tingkat satu dan tiga bilik ditingkat dua. Tetapi Abah telah renovate pada lima tahun lalu dan dijadikan roomstay. Jadi sejak dulu lagi Nina sudah biasa mengemas bilik itu sebelum Kak Ayu bekerja dengan keluarga mereka. Lagipun abah pasti memberi allowance lebih apabila Nina rajin menolong.

Asrul melihat bateri handphonenya yang sudah bertukar warna merah dibahagian atas skrin. Asrul bangun menuju ke suis tv tempat Nina selalu meninggalkan charger handphonenya. "Aduh takde pulak... Mek ni ada powerbank ke tak eh?" Asrul kata sendiri. Dia menaiki anak tangga dan menuju ke bilik Nina.

"Na..." Asrul menerjah bilik Nina. Dia mendengar bunyi pancuran air dari bilik air menandakan Nina sedang mandi. Asrul menuju ke meja tempat Nina meletakkan barang-barangnya dan mencari powerbank milik Nina tetapi tiada. Kemudian dia melihat sling bag milik Nina yang tersangkut disebelah katil. Dia mendengar pancuran air masih berbunyi dan terus menuju ke arah sling beg itu. Di dalam beg tersebut Asrul jumpa powerbank milik Nina.

"Wargh!" Nina yang baru keluar dari bilik air menjerit melihat kelibat lelaki didalam biliknya. Asrul berpusing ke belakang dan memandang Nina. Dia memerhati Nina dari atas hingga ke bawah dan diulang beberapa kali. Nina hanya bertuala pendek mendedahkan atas dada dan paha kecilnya. Kepalanya masih berlumuran dengan syampu yang masih belum dibilas. Pancuran air masih berbunyi.

Bersalut TubuhWhere stories live. Discover now