kau hamba siapa?

35 1 0
                                    

Kau manusia,
Allah yang ciptakan.
Tapi mengapa mesti tunduk dan sujud pada benda yang Allah yang cipta juga?

Kau manusia,
Terlalu agungkan manusia
Yang kau sering puja
Mungkin kerna hartanya
Atau rupanya
Atau juga pangkatnya.

Kau pula manusia
Yang terlalu mencari harta
Sehingga lupa pada Pencipta
Bahkan tiada masa langsung untukNya,
Padahal Dia yang beri segalanya pada kau.
Kau lupa ya?

Kau pula manusia
Yang terlalu leka dengan hiburan dunia
Padahal itu semua membuatkan kau alpa
Dan akan membuatkan kau lupa padaNya
Lantas menjadikan kau hamba dunia.

Ya, manusia itu sifatnya lupa.
Aku, kau dan kita semua,
Tugas kita untuk mengingatkan mereka-mereka ini.
Bukan menghukum mereka seperti kita Tuhan!

Wahai manusia,
Adakah kau lupa apa tujuan sebenar kau diciptakan?
Adakah kau lupa siapa yang menciptakan kau?
Adakah kau tidak takut akan azab Allah di akhirat sana?

Kembalilah duhai sahabat sekalian ke pangkal jalan.
Jika kau kata kau penat untuk beribadah ,
Dan mengatakan bahawa kau ingin rehat,
Aku mahu kau tahu bahawa rehat itu sama ada di angan-angan kau sahaja
Atau di syurga sana yang kekal abadi.
Kita manusia, hamba Allah, bukan hamba dunia.
Mengapa perlu tunduk dan sujud dengan kemewahan dunia yang hanya sebentar sahaja?
Sabarlah. Allah suka orang yang sabar.
ان الله مع الصابرين 😊

Puisi Hati Where stories live. Discover now