Pesan aku,
Hati-hati bila berkata,
Kerana jangan sampai satu saat nanti,
Kau termakan dengannya.Pesan aku,
Hati-hati dalam berkata,
Kerana dalam tak sedar kita bicara,
Ada hati yang tercalit luka kerananya.Pesan aku lagi,
Jangan sampai satu hari nanti,
Kau lihat semuanya sepi,
Tiada aku, tiada dia, tiada siapa lagi di sisi,
Dan saat itu,
Kau sesali dan sedari
bahawa kau telah terdampar jauh dari Ilahi.
YOU ARE READING
Puisi Hati
PoetryPuisi aku ini bukanlah sehebat mereka-mereka yang ternama, tapi cukup buat hati aku santai mendengarnya. Puisi aku ini juga aku tulis untuk hati yang selalu keberontakan jiwanya, yang suka ceritakan segalanya kepada dunia tanpa menggunakan kata. Da...