Kata kau, move on itu bilamana kau berjaya lupakan si dia yang pernah kau cinta,
Kata dia, move on itu bilamana kau dapat benci dia sebenci bencinya,
Kata mereka, move on itu bilamana kau boleh hidup bebas tanpa otak kau perlu sibuk berfikir tentang manusia yang perangainya hantu raya,
Dan kata aku pula, move on itu bilamana aku mampu lihat diri aku bahagia tanpa dia di sisi.
Mungkin kerna aku sudah melepaskan manusia itu dengan hati yang rela
Dan menganggapnya sebagai teman biasa
Yang aku tak perlu lagi cemburu buta
Dan boleh lihat dia bahagia bersama manusia lain di luar sana.Ya, mungkin sukar pada awalnya,
Tapi biasalah, jika inginkan sesuatu, kita perlu berkorban sedikit.Dan ya, kalau kau lihat, setiap manusia pandangannya berbeza mengenai move on.
Walaupun hanya dua patah perkataan dan dua suku kata,
Ia mampu melahirkan pelbagai pendapat oleh setiap manusia.
Ya, sebab manusia itu berbeza,
Dan apa yang mereka faham juga berbeza.Kau tak boleh halang apa yang mereka ingin katakan,
Kau tak boleh halang apa yang akal mereka ingin fikirkan.
Tapi akarnya tetap sama,
Untuk melangkah kehadapan,
Mulakan hidup baru dengan bahagia
Tanpa perlu memikirkan soal cinta
yang membunuh jiwa
dalam diam.
YOU ARE READING
Puisi Hati
PoetryPuisi aku ini bukanlah sehebat mereka-mereka yang ternama, tapi cukup buat hati aku santai mendengarnya. Puisi aku ini juga aku tulis untuk hati yang selalu keberontakan jiwanya, yang suka ceritakan segalanya kepada dunia tanpa menggunakan kata. Da...