Move on

420 0 0
                                    

Pada aku, move on itu tak perlu membenci.
Kenapa perlu lahirkan bintik hitam dihati
hanya untuk seorang manusia yang tak dapat kita miliki?

Pada aku, move on itu cukup sekadar aku melupakan dia,
Melupakan yang dia pernah jadi orang yang aku paling sayang,
Dan merelakan dia pergi
Dengan hati yang lapang
Dan membiarkan dia memilih jalan hidupnya sendiri.

Melupakan tak bermaksud benci,
Macam kita lupa Allah dulu,
Tak bermakna kita benci Allah kan?

Aku tahu, tak mudah untuk aku lupakan terus insan yang pernah bertakhta di hati ini,
Segalanya memerlukan masa.
Tapi tak mengapa ,
Aku akan cuba pertahankan tembok ego yang aku bina
demi melangkah kehadapan
memulakan hidup baru
bersama diri yang baru
yang jiwanya lebih kental berbanding dahulu.

Hati,
Moga kau lebih berjaga-jaga
dalam menyayangi manusia di luar sana.
Moga kau lebih kuat pada hari yang mendatang.
Dan moga kau tak mudah mengaku kalah
walau berjuta rintangan yang perlu kau tempuhi.

Puisi Hati Where stories live. Discover now