Sejahat mana pun manusia itu lakukan pada kau,
Seteruk mana pun perangai dia pada kau,
Kau tak layak nak hukum dia.
Kau ingat kau siapa?
Kau ingat kau Tuhan yang boleh hukum orang itu ini,
Yang boleh letakkan syurga neraka pada dia?Kau kene ingat,
Kau tu manusia,
Dia pun manusia,
Dan manusia itu sering melalukan kesilapan
Malah tak pernah lari daripadanya.
Jadi, kau tak layak nak hukum dia.
Kau ingat pahala kau dah cukup banyak sampai kau boleh masuk syurga?
Kau ingat kau takde dosa sampai nak kata orang itu ini,
sampai nak rendahkan maruah dia,
sampai kau rasa yang kau takkan masuk neraka?
Kau ingat kau nabi ke yang sifatnya maksum?
Berpijaklah pada bumi yang nyata,
Kalau kau rasa kau lebih baik dari dia tapi kau tak pernah ubah diri kau untuk ke arah yang lebih baik
malah dia pula sentiasa ubah diri dia ke arah yang lebih baik dari hari semalam,
Kau patut malu dengan diri kau
Dan diri dia.
Sekurang-kurangnya dia perbaiki diri dia.Maafkan jela dia.
Allah pun ampunkan hamba Dia yang benar2 ingin bertaubat,
Nabi pun ampunkan umat,
Kau ni manusia biasa,
Siapa kau nak hukum dia sehingga begitu rupa?
Hati kau akan tenang pabila memaafkan.
Tak salah pun bagi dia peluang kedua,
Kerana setiap manusia berhak mendapatnya.
Tak guna biarkan hati kau sentiasa resah dan gelisah.Memaafkan tak bermaksud kau mengaku kalah, Meminta maaf tak bermaksud kau salah,
Tapi itu bermakna kau rendahkan ego kau
Untuk beri hati kau ketenangan.
Hati kau layak untuk rasa itu.
Jangan seksa dia.
YOU ARE READING
Puisi Hati
PoetryPuisi aku ini bukanlah sehebat mereka-mereka yang ternama, tapi cukup buat hati aku santai mendengarnya. Puisi aku ini juga aku tulis untuk hati yang selalu keberontakan jiwanya, yang suka ceritakan segalanya kepada dunia tanpa menggunakan kata. Da...