Kau kata kau penat belajar.
Kau kata kau malas belajar sebab banyak perlu hafal.
Kau kata kau dah tak peduli semuanya .
Kau kata kau cuma nak rehat dari dunia ni.Hai kawan,
Kau lupa ya penat lelah ibu bapa kau?
Kau lupa ya ayah kau kerja keras untuk kau
dikala teriknya matahari membakar kulitnya,
dan dikala titisan jernih awan mendarat di wajahnya.
Kau lupa ya ibu kau bertarung bermatian
untuk lahirkan kau ke dunia
untuk kau jadi manusia berguna
yang boleh membanggakan mereka.Kawan,
Mereka lebih penat dalam segala hal
Tapi mereka tak pernah mengeluh
Kerana apa? Kerana kau.
Mereka sayang anak-anak mereka.
Buatlah mereka bangga, kawan.
Mereka tak pernah minta kau bayar segala kerja yang mereka lakukan,
segala pakaian yang kau pakai,
segala makanan yang kau makan,
segala data yang kau langgan.
Mereka cuma ingin lihat kau berjaya.
Takkan itu pun susah?
Tugas kau hanya perlu belajar.Kawan ,
Mereka tak selamanya ada di sisi kita,
Mereka dah tak lama,
Umur mereka makin meningkat usia,
Moga kau, aku, kita, sempat balas jasa mereka.
Kita kan...sayang mereka? 😊
YOU ARE READING
Puisi Hati
PoetryPuisi aku ini bukanlah sehebat mereka-mereka yang ternama, tapi cukup buat hati aku santai mendengarnya. Puisi aku ini juga aku tulis untuk hati yang selalu keberontakan jiwanya, yang suka ceritakan segalanya kepada dunia tanpa menggunakan kata. Da...