Entah, kadang aku tertanya juga,
Untuk apa kau belajar
jika akhirnya nanti
kau akan lupakan segalanya
selepas tamatnya peperiksaan.
Lalu ulang semula begitu
sehingga kau habis menamatkan kertas terakhir sewaktu SPM.Kau belajar untuk dapatkan ilmu
atau untuk dapatkan A semata?Kau paksa otak kau menghafal segala maklumat
dan memuntahkan segalanya
atas kertas yang membunuh
lalu akhirnya kau lupa apa yang kau hafal begitu saja.
Kau...tak amalkan langsung apa yang kau belajar dan apa yang kau hafal bermatian itu.Wahai kau,
Cuba tanya hati kau semula,
Untuk apa kau belajar?
Moga ianya kerana Allah.
YOU ARE READING
Puisi Hati
PoetryPuisi aku ini bukanlah sehebat mereka-mereka yang ternama, tapi cukup buat hati aku santai mendengarnya. Puisi aku ini juga aku tulis untuk hati yang selalu keberontakan jiwanya, yang suka ceritakan segalanya kepada dunia tanpa menggunakan kata. Da...