Fakehope? hm

23 0 0
                                    

Tinggi,
Tinggi betul harapan aku pada kau.

Kau layan aku umpama aku ini
yang teristimewa di hatinya kau.
Tapi malangnya aku,
Kau layan semuanya sama sahaja
Tak lebih mahupun kurang.
Bodohnya aku
berharap pada kau.

Aku tak tahu siapa yang harus dipersalah,
Sama ada aku yang bodoh
berharap terlalu tinggi,
Atau kau yang melayan terlebih
walaupun layanan kau sama pada semua.

Mungkin selepas ini
aku perlu pesan pada hati
jangan mudah jatuh sayang pada manusia,
entah-entah kita aje yang beria
sedangkan dia sendiri ambil saja.

Puisi Hati Where stories live. Discover now