TIP BERKARYA

35 2 4
                                    

1. Isi perut dulu barulah boleh berkarya dengan selesa.

2. Jangan paksa diri untuk menulis. Buat pelan-pelan saja bah.

3. Ingat kita berkarya bukan kerana nama tetapi amanat.

4. Rajin-rajin rujuk buku Kamus Dewan supaya tidak menggunakan perkataan pada ejaan yang salah.

5. Semak semula ejaan dan tanda simbol dengan betul.

6. Harus berdoa sebelum mula berkarya.

7. Pastikan fizikal dan mental kita dalam keadaan yang sudah bersedia.

8. Elakkan tergesa-gesa dalam berkarya.

9. Dahulukan yang penting dulu sebelum mula berkarya.

10. Jangan dibuang kertas yang sudah terilham. Simpan dan jadikan untuk kenangan silam.

11. Ketika hendak hantar karya ke akhbar dan majalah, pastikan alamat e-mel itu betul.

12. Rajin-rajin buat jadual berkarya. Itu mampu mendisiplinkan diri juga.

13. Sentiasa membawa buku kecil dan pen setiap kali keluar dari rumah.

14. Jangan banyak fikir dengan tugasan yang lama tergendala. Tiada idea tutup dulu, kalau ada idea baru dibuka semula.

Tip BerkaryaWhere stories live. Discover now