43. Penulis novel banyak menulis tentang cinta. Sebab mahu menarik golongan remaja. Masing-masing ada citarasa sendiri.
44. Jika kita merantau di negara orang berbulan sampai bertahun. Bolehlah jadikan ia sebagai Travelog di dalam buku.
45. Tak salah kita sedekah karya kita pada orang lain. Tetapi jangan orang lain tu terlebih manja untuk minta karya kita.
46. Semak karya yang tidak tersiar ke akhbar dan majalah di peti emel. Sila hantar ke tempat lain selepas tempoh tertentu.
47. Harus bijak mencari peluang untuk berkarya. Jangan hangat-hangat tahi ayam saja.
48. Salahkan diri sendiri jika tidak ikut tempoh masa penghantaran karya. Rajin-rajinkan diri untuk kemaskini segala aktiviti sastera.
49. Ada yang suka berkarya di facebook. Ada yang suka berkarya di Wattpad. Ada juga yang suka berkarya di kertas saja.
50. Yang lemah harus diperbaiki. Yang baik harus diperbaharui.
51. Kalau buat buku terus bagus, tidak banyak yang dipelajari.
52. Kalau khusyuk berkarya jangan lupa makan dan mandi. Barulah badan segar dan bertenaga semula. Kesihatan harus dijaga.
53. Kalau buat buku tidak bagus, harus banyak yang dipelajari.
54. Jika sudah terkenal, janganlah hidung tinggi. Buangkan ego itu. Sebaiknya, turunkan bakat ilmu itu kepada penulis baharu.
55. Tak semestinya tempat yang sesak tak boleh berkarya. Belum cuba belum tahu.
56. Hasilkan manuskrip teater adalah satu kelebihan yang istimewa. Hanya kita kreatifkannya saja dengan persembahan yang baik.
YOU ARE READING
Tip Berkarya
RandomTip ini hanya untuk perkongsian sahaja. Bukanlah daripada orang yang berpengalaman dalam dunia penulisan semata-mata. Jadikan tip berkarya panduan dan rujukan demi menghasilkan karya yang lebih baik lagi.