71. Ramai yang guna cara menaip daripada menggunakan pen. Katanya, boleh sakit tangan.
72. Selain harga karya, penulis juga harus letak harga.
73. Jangan berkarya terlalu lama di dalam bilik yang terkurung. Nikmati juga dunia diluar untuk mencari udara yang segar.
74. Siapa yang rajin berusaha, dia layak diberi penghargaan.
75. Hanya jiwa yang kental saja akan terus bertahan.
76. Rajin dengar nasihat pasti ada hasilnya.
77. Kalau malu-malu mahu bertanya, seperti sampan tanpa pendayung.
78. Semakin panjang semakin banyak pula konflik. Tetapi, cerita itu mestilah kreatif barulah boleh jadi buku "BEST SELLER".
79. Jika kita tidak ikut peraturan maknanya, kita belum pandai jadi penulis lagi.
80. Berkarya bukanlah satu permainan sandiwara. Menulislah dengan penuh semangat.
81. Walaupun kita sudah cukup mahir dalam bidang penulisan. Tetapi kita harus tetap memperbaiki karya kita lagi.
82. Jangan sampai ada pihak yang dapat kesan karya plagiat anda.
83. Jangan tulis sajak ataupun cerpen dengan menggunakan ejaan singkat di laman sosial.
84. Bila mahu menulis puisi. Cintailah puisi. Bila kamu sudah jatuh cinta dengan puisi, kamu akan dapat selami jiwa puisi.

ANDA SEDANG MEMBACA
Tip Berkarya
RandomTip ini hanya untuk perkongsian sahaja. Bukanlah daripada orang yang berpengalaman dalam dunia penulisan semata-mata. Jadikan tip berkarya panduan dan rujukan demi menghasilkan karya yang lebih baik lagi.