TIP BERKARYA

13 0 0
                                    

85. Ada yang tak mahu ikut mana-mana sayembara sebab, mahu memberi peluang kepada yang baru berjinak dalam dunia sastera.

86. Pedulikan apa orang nak cakap pasal karya kita. Yang penting kita jangan terus meroyan tak tentu pasal.

87. Cuba berkarya dengan ada senyuman, pasti karya itu memiliki jiwa seni yang tersendiri.

88. Jika ada yang terpengaruh tentang karya kita. Itu bukan salah kita. Tetapi salah si pengaruh tu. Terlampau taksub.

89. Jangan berkarya dalam keadaan kurang waras/minuman yang beralkohol.

90. Banyakkan buat kajian kalau cerita itu berunsur sejarah.

91. Selain karya di dalam manuskrip yang mahu dihantar kepada penerbit, harus dimasukkan prakata dan biodata juga.

92. Jika kita ada buku koleksi puisi yang belum tersiar. Senang untuk kita kumpul dengan cepat ikut sayembara puisi.

93. Jangan terlalu bangga dengan hasil karya sendiri. Cukuplah sekadar menghasilkannya dengan niat yang murni.

94. Si pengkarya harus berkarya dengan cetusan nukilan sendiri. Bukan minta buatkan dari rakan penulis lain.

95. Kita harus ikut perkembangan para pembaca tentang apa yang mereka suka baca.

96. Kalau dapat satu atau dua ayat. Cepat-cepat tulis di kertas, laptop ataupun di telefon pintar. Jangan simpan dalam kepala, nanti cepat lupa.

97. Puisi itu seperti pelangi yang membawa aneka kisah warna. Tulis saja sampai kita puas hati dengan hasil karya kita.

98. Jangan salahkah karya itu, tetapi salahkan kita sendiri sebab malas menulis.

Tip BerkaryaWhere stories live. Discover now