29. Susunlah ayat dengan betul supaya tidak bertabur.
30. Dalam menghasilkan sebuah cerpen ataupun novel harus ada pengajaran dan nasihat setiap jalan cerita itu.
31. Orang kata dari mimpi pun boleh jadi sebuah karya yang hebat.
32. Dengan berkarya. Kita juga dapat jadikan sumber pendapatan sebagai kerjaya sambilan.
33. Berkaryalah dengan penuh rendah hati. Pasti diri akan sanjung tinggi.
34. Berkarya dengan jujur. Bersainglah dengan sihat.
35. Tulislah ikut cara identiti sendiri. Pasti pembaca akan tahu itulah tulisan kamu.
36. Janganlah ada rasa malu atau kurang yakin. Berani tonjolkan karya kepada pembaca.
37. Jika pengacara pandai menarik penonton. Penulis juga pandai menarik pembaca.
38. Jika mahu berkarya untuk kejar honorarium. Pastikan karya kita setanding penulis mapan.
39. Kita perlu fokus ketika mula menulis.
40. Rehat dengan secukupnya sebelum memulakan proses penulisan.
41. Boleh tulis sajak pendek. Tetapi, mesti ada roh pada karya itu.
42. Tulislah genre yang senang kita berkarya. Kalau pertama kali membuatnya,
kenalah banyak belajar dari seorang mentor.

YOU ARE READING
Tip Berkarya
RandomTip ini hanya untuk perkongsian sahaja. Bukanlah daripada orang yang berpengalaman dalam dunia penulisan semata-mata. Jadikan tip berkarya panduan dan rujukan demi menghasilkan karya yang lebih baik lagi.