15. Banyakkan membaca karya penulis mapan. Agar penulisan kita semakin kreatif dan segar di baca.
16. Jika karya kita dikritik. Jadikan ia sebagai suntikan semangat untuk terus hasilkan karya yang terbaik lagi.
17. Jika karya hendak di hantar ke akhbar dan majalah. Kita harus ikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh editor.
18. Dengar muzik sambil berkarya adalah terapi diri yang paling baik untuk mengawal emosi seseorang.
19. Jangan ditunggu idea tetapi carilah.
20. Untuk mengasah bakat dalam bidang penulisan. Ikutlah mana-mana bengkel penulisan. Supaya kita memahami aturannya.
21. Mahu mengasah bakat dalam bidang penulisan. Ikutlah bengkel penulisan. Untuk memahami panduan-panduan asasnya.
22. Cepat atau lambat proses berkarya itu tertakluk pada kerajinan si pengkarya untuk hasilkan kualiti dengan sungguh.
23. Untuk menulis sajak. Si pengkarya harus pandai menulis semua tema.
24. Menulis, hantar, tersiar ataupun terbit akan membuat si pengkarya lebih bersemangat hasilkan karya lagi.
25. Bandingkan karya lama dan karya baru. Pasti ada perbezaan yang amat ketara dalam penulisan itu.
26. Jangan terlalu banyak guna ayat klise.
27. Untuk melihat kemampuan dan kualiti karya kita. Ikutlah mana-mana pertandingan menulis. Di situ kita akan nampak hasilnya.
28. Tidak salah berkarya di laman sosial. Cuma yang buat kita marah ada toyol dalam media sosial. Harus lebih hati-hati.

YOU ARE READING
Tip Berkarya
RandomTip ini hanya untuk perkongsian sahaja. Bukanlah daripada orang yang berpengalaman dalam dunia penulisan semata-mata. Jadikan tip berkarya panduan dan rujukan demi menghasilkan karya yang lebih baik lagi.