TIP BERKARYA

8 0 0
                                    

113. Siapa yang ada darah tinggi. Elakkan tidur pukul 7 malam kerana mahu berkarya di waktu tengah malam. Rehat secukupnya

114. Ucapkan salam dahulu jika ingin bertanya kepada rakan tentang penulisan ataupun hantar karya kepada editor.

115. Dengan duit royalti/honorarium/anugerah itu kita boleh jadikan modal untuk terbitkan buku sendiri.

116. Jadikan menulis sebagai salah satu kerja harian walaupun bukan menjadi penulis sepenuh masa.

117. Jadilah penulis yang segar dengan punya karya yang mekar.

118. Jangan buat manuskrip dengan tergesa-gesa. Fahami bagaimana buat manuskrip dengan baik supaya editor tidak marah.

119. Pen kena lebih, pensel harus ada peraut, laptop harus sediakan pendrive atau hard disk, hp pastikan catat dibuku.

120. Jangan hebahkan manuskrip anda yang belum dinilai oleh penerbit pada semua orang di facebook. Itu riak namanya.

121. Pilihlah judul yang menarik untuk tarik para pembaca.

122. Kurangkan buka facebook supaya kerja siapkan manuskrip cepat selesai.

123. Cari ilham jangan diketuk kepala. Ilham itu akan hadir jika kita dalam keadaan bertenang.

124. Ada yang suka menceritakan kisah realiti dan ada juga yang mencari guna daya fikir sendiri.

125. Gunakanlah Bahasa Melayu dengan betul. Kalau ada silap ditulis, amalkanlah budaya tegur-menegur. Jangan dibiarkan.

126. Susun tajuk mengikut huruf atau ikutlah tema yang betul. Barulah manuskrip itu nampak menarik.

Tip BerkaryaWhere stories live. Discover now