TIP BERKARYA

7 0 0
                                    

99. Jika tidak mahu ketinggalan segala aktiviti/sayembara sastera. Belilah papan putih, kertas tampal ataupun buku kecil untuk cacatan diri sendiri.

100. Lelaki yang tulis puisi memiliki hati yang seni. Wanita yang tulis puisi memiliki hati yang halus.

101. Menulislah dengan mengunakan ergonomik dengan betul. Kalau ergonomik itu salah diguna, pasti diri yang sakit.

102. Tidak semestinya berkarya di tempat yang sama menjadikan hasil karya kita nampak biasa.
Ilham itu pelbagai rasa.

103. Yang baru mula menulis, jangan takut dengan penolakan. Itu perkara biasa yang akan berlaku pada kita.

104. Jangan sesekali letak judul pada karya tersebut. Siapkan dulu vhasil nukilannya, barulah kita tahu mahu letak apa judulnya.

105. Jika mahu buat buku kumpulan puisi. 50 buah sajak pun sudah boleh dihantar untuk dinilai.

106. Jadikan menulis ini seperti kita main game di hp.

107. Dari mata naik ke akal. Dari akal turun ke hati. Barulah karya itu dapat dihasil.

108. Hargailah karya rakan-rakan walaupun kita tidak pernah berjumpa dengannya, supaya ada suntikkan semangat antara sesama kita.

109. Buat saja sampai 10 karya sehari. Pasti dalam 10 ke 20, 3 buah karya kita akan tersiar di dada akhbar dan majalah.

110. Kalau mahu berkarya di laman sosial, jangan menggunakan ayat singkatan. Itu sudah salah untuk jadi seorang penulis.

111. Jangan gelakkan kawan jika karyanya tidak tersiar. Tetapi, gelaklah karya sendiri yang masih belum mampu bersinar.

112. Bila sudah tersiar, cuba baca karya itu berkali-kali. Supaya isinya tak akan sama seperti karya yang baru ditulis.

Tip BerkaryaWhere stories live. Discover now