57. Semakin kita pandai menulis, semakin kita jadi lembab. Ertinya, ada lagi yang pandai dari kita cuma kita belum jumpa.
58. Ada orang suka membaca untuk dia berkarya. Ada orang tak suka membaca untuk dia berkarya.
59. Ramai yang bereksperimen dengan TEKNIK. Kurang yang bereksperimen dengan PEMIKIRAN.
60. Berikan semangat dan galakkan kepada rakan-rakan penulis lain supaya mereka tidak putus-asa untuk hasilkan karya.
61. Jangan ada sifat sombong untuk tidak turunkan ilmu kepada generasi muda dalam dunia sastera tanah air.
62. Belajar dari kesilapan membuat kamu jadi matang.
63. Sentiasa terima apa juga kritikan atau pandangan orang lain terhadap karya anda.
64. Jangan cemburu sesama rakan pengkarya. Rezeki ada di mana-mana. Yang penting sabar.
65. Orang yang banyak bercakap, ilhamnya mencurah-curah. Orang yang pendiam, ilhamnya sangat mendalam.
66. Hanya dengan cara penceritaan ataupun hasil nukilan si pengkarya itu, kita boleh tahu siapa mentornya.
67. Rebut peluang di depan mata. Peluang hanya sekali, tidak akan berbuah dua kali.
68. Kalau kita buat di saat akhir, idea cepat datang. Tapi ada yang berkata, kita tidak pandai urus waktu.
69. Masing-masing punya ada kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Nilai dengan hati yang positif bukannya negatif.
70. Bila berkarya buat kita senang hati.

YOU ARE READING
Tip Berkarya
RandomTip ini hanya untuk perkongsian sahaja. Bukanlah daripada orang yang berpengalaman dalam dunia penulisan semata-mata. Jadikan tip berkarya panduan dan rujukan demi menghasilkan karya yang lebih baik lagi.