Chapter 4

15 3 0
                                    

Tepat pukul 2:30 petang aku tiba di perkarangan rumah. Dari luar aku tengok rumah macam kosong je. "Mana kereta ayah ni ?" Getus hati kecilku. Ayah kata harini dia cuti tapi kereta takde pun kat porch. Ayah dan mama jalan kah ? Alaaaa jangan la tinggalkan ana di rumah sensorangggg uwaaaaaaa!

Pagar rumah ku buka dan menguncinya terus. Takut-takut je nanti kena rompak hahaha amboi mulut kau Diana! Jangan je masin nanti baru tau!

*Tok tok tok* pintu ku ketuk namun tiada sahutan.

"Assalamualaikum ma!" Krik krikkk~

Hmm.. tiada orang lah ni kat rumah. Ku seluk kunci rumah di poket baju sekolah dan membuka pintu rumah.
Tiba-tiba terdengar bunyi..

"Krukk krukk~"

Hehehe perut aku dah lapar betul dah ni. Aku letak beg di ruang tamu dan terus pergi ke dapur. Kot-kot mama ada masak, dapatlah aku bersantapan dengan enaknya sebelum aku membersihkan diri hehe..
Namun hampa setiba sahaja aku di dapur.

"Diana, mama tak sempat nak masak. Mama keluar kejap dengan ayah. Diana masak sendiri eh ? Anak mama kan dah besar. Tolong kunci rumah dan jangan leka. Macam-macam kes dah berlaku di sekitar kediaman kita ni okay sayang ? Anything, call mama je.  Will be back soon. "

Surat mama aku baca. Rasa macam nak nangis pun ada. Aku tak nak solo-solo kat rumah. Bosan dan terlalu sunyi! Kenapa lah aku takda adik uwaaaaa! Phewwww Diana, nak teriak pun tiada mama atau ayah nak dengar. Buat malu kau je kalau jiran dengar kau meroyan macam nenek lampir haha

"Okay nevermind. I can do this! Bukannya tak biasa pun ditinggalkan sendiri di rumah." Kataku sengaja untuk menenangkan diri sendiri.

Pantas tangan membuka kabinet. Terlihat satu makanan yang menyinari bebola mataku. *heart eyes* haha

Yes! Maggi Asam Laksa! My favourite! Ni kalau mama tau, konfem kena cuci telinga hehehe takpe. Sekali sekala ma! Diana malas nak masak harini!

Seusai aku makan, aku pun membersihkan diri dan menunaikan solat asar. Nak tidur tetapi tak baik tidur selepas asar. Nak makan, tapi dah kenyang. Jadi nak buat apa ?
Online laaaa~ hahaha

*you've got one notification*

Siapa pula yang hantar whatsapp ni ? Biasanya senyap sunyi je hp. Loner sangat! Haha

*My ratu*
Ana, turun bawah. Mama ada bawa mcD untuk ana.

Terbuntang biji mata aku selepas membaca whatsapp dari mama. Sejak bila pula mereka sampai ni ? Tak dengar pun bunyi kereta dan pintu rumah dibuka. Ah! Tak kesahlah. Yang penting mcD buah hatiku ada kat bawah! Hahah
Dengan sepantas kilat aku turun ke bawah dan bertemu dengan mama.

"Amboi amboi amboi. Kalau sebut mcD, laju je ana turun ye." Kata mama sejurus sahaja mama terlihat betapa gopohnya aku menuruni anak tangga.

"Diana lapar mama. Tadi makan maggi je hehe" balasku dengan suara tenggelam timbul.

Tajam mata mama melihat aku selepas aku mengatakan bahawa aku hanya makan maggi untuk late lunch. Fikirkan dah nak kena marah. Rupanya...

"Hmm. No maggi for next time okay ? Diana tau juga kan bahaya maggi tu macam mana ? " balas mama.

Ketentuan IlahiTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang