"Ana! Dah siap ke ?" Kedengaran suara ayah Adzra sedang memanggil dari tingkat bawah rumah Adzra.
"Kejap ayah! Ana dah nak siap ni." Balas Adzra dengan nada kalut. Tulah.. siapa suruh tak kemas pakaian awal-awal.
"Dah nak pukul 7 malam dah ni Ana. Make it faster. Tak baik tau buat tuan rumah tertunggu-tunggu." Kata ayah Adzra sambil memasukkan separuh beg anak daranya tu ke but kereta. Hairan juga dibuatnya. Tinggal kat sana seminggu je tetapi beg bukan main galak banyaknya. Nak pindah rumah ke apa ? Haha
"Okay. Ana siap dah. Ayah, okay tak pakaian Ana ? Anak-anak kawan ayah tu okay ke ? Ole-ole yang Ana beli ni ayah rasa okay tak untuk diaorang ?" Soal Adzra dengan soalan bertubi-tubi kepada ayahnya.
"Kenapa Ana kalut sangat ni haha Ana nampak cantik. Anak kawan ayah tu memang baik-baik belaka. Ole-ole yang Ana beli tu pun ayah tengok okay je. Dah.. pergi panggil mama kamu. Kita perlu bertolak sekarang sebab mereka dah tertunggu-tunggu dah kedatangan Ana." Balas ayah Adzra panjang lebar. Wah! Persis macam mama Adzra hahaha
"Hmm okay.." semangat Adzra mulai merundum apabila teringat kembali bahawa dia perlu tidur di rumah kawan ayah Adzra. Syukurlah buku-buku tak banyak sangat perlu dibawa kerana separuh buku ada di loker sekolah.
Mama Adzra mengunci pintu rumah dan memberi kunci "spare" kepada Adzra. Manalah tahu Adzra tiba-tiba nak ambil barang kat rumah. Sekurang-kurangnya Adzra bolehlah masuk ke dalam rumah.
Perjalanan ke rumah Jude iaitu sahabat ayah Adzra tidak mengambil masa yang lama. Dalam 40 minit sudah pun tiba di perkarangan rumah Jude. Terlopong mulut Adzra melihat rumah sahabat ayahnya tu. Sempat lagi Adzra menggosok matanya. Ni rumah ke istana ?
Keluarga Adzra disambut dengan hati terbuka oleh sahabat ayahnya itu, Jude.
Terukir senyuman di bibir dua orang sahabat itu."Ariey! Sampai pun kau. Aku fikir kau dah sesat dah tadi haha" kata Jude kepada ayah Adzra.
"Tak sesat cuma Ana ni lambat sangat bersiap. Kau tak tengok lagi barang-barang Ana kat dalam kereta tu. Banyaknya tu seperti nak pindah rumah sahaja. Hahaha" balas ayah Adzra sambil memerli anak daranya tu.
Tahap malu Adzra memang memuncak tinggi dah tetapi nasiblah sahabat ayahnya tu memahami Adzra.
"Biasalah tu rieyy.. perempuan kan ? Lagipun Adzra dah besar dah. Mestilah banyak benda nak sediakan kan ?" Kata Jude kepada ayah Adzra.
"Eh, jomlah masuk dahulu. Barang-barang Adzra tu biar Aden yang bawa masuk nanti. Tetapi tunggu Aden sampai lah ye. Dia kata akan gerak lepas maghrib. Mungkin sekarang dia otw. "
Dengan hati yang gembira, kedua dua keluarga tersebut memasuki rumah agam itu.DIANA ADZRA'S POV
Perghhhh ni rumah ke istana ? Monologku sendirian di dalam hati. Rumah agam tersebut dihiasi dengan air pancut dan taman-taman. Sepanjang jalan memasuki rumah tersebut pula dihiasi dengan lampu. Alaaa macam railway untuk model tu. Huh! Memang rumah idaman lah. Belum tahu lagi keadaan dalam rumah macam mana.
Takpe Ana. Kau ada seminggu kan ? Lepasni kau puas-puas lah pusing satu rumah ni.
Kelihatan mama dan isteri uncle Jude, Aunty Melissa sedang bergelak sakan. Wah! Cepatnya mama berkawan dengan aunty.
Anak-anak uncle Jude pula ada 3. Ketiga-tiganya perempuan. Mungkin berumur lingkungan 5 hingga 7 tahun. Orang putih okeh ? Nampaknya terpaksalah aku ber"speaking" dengan mereka.Walaupun begitu, pelbagai persoalan muncul di benak mindaku.
1. Kenapa sahabat ayah memanggilku sebagai Adzra ?
![](https://img.wattpad.com/cover/80031209-288-k419981.jpg)
YOU ARE READING
Ketentuan Ilahi
RomancePerbezaan umur antara Zahril dan Diana Adzra menjadi penghalang untuk Zahril mengejar cinta pertamanya. Dia tahu bahawa tidak ada yang mustahil di muka bumi ini selagi dengan Izin Allah SWT. Namun, dalam usaha untuk Zahril mengejar cinta Diana Adzr...