Diana Adzra's POV
Perjalanan ke rumah Ajat terasa sungguh sunyi. Aku nak bercerita dengan Ajat tetapi ada Ekin. Takut pula kena fikir yg aku ni terhegeh-hegeh dengan boy friend dia. Aku seluk telefonku dari kocek seluar dan layari google.
"Hmm nak search apa eh ?" Tanya hatiku
Aha! I've got one idea.
Lebih baik aku check resipi-resipi masakan. Hm aku rasa aku nak belajar memasak Ketam Asam Pedas lah. Aduh kecur liur tengok resipi-resipi dia ni.
Sempat juga aku screenshot bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak Ketam Asam Pedas ni. Tak sabar nak try masak dengan ibu nanti! HeheMemandangkan rumah ajat hanyalah 200m dari rumah aku, maka perjalanannya tak lah mengambil masa yang lama. Sesudah sampai rumah Ajat, cepat-cepat aku keluar dari perut kereta Honda Civic nya kerana aku malas nak tengok dua merpati sejoli tu.
Bukan sebab cemburu ke apa tetapi aku tak sabar nak jumpa ibu ajat. Rindu pula rasa hati ahaks mengada kau yaa Diana haha"Assalamualaikum Ibu! I'm hereeee!" Dari pintu masuk aku panggil ibu dengan terlolong-lolong. Amboi Diana, kau fikir ini rumah kau ? Hahaha
Tetapi sejujurnya aku tak kesah sebab aku dah seperti anak angkat dalam keluarga mereka. Cuma, tinggal tak sebumbung.
Aku mencari ibu. Tetapi ibu tak kelihatan di ruang tamu.
"Ohh mungkin ibu dekat bilik kot" kataku jadi aku pun terus meniti tangga rumah banglo Ajat tu dan pergi ke bilik ibu. Sempat juga aku tengok-tengok reaksi Ekin. Manalah tahu dia terkejut tengok perangai selamber aku ni hahaha"Ibu!" Panggilku semasa menaiki tangga rumah tu
"Ana ? Ana dah sampai ? Ibu di bilik ni" jawab ibu dengan nada sedikit riang
Cepat-cepat aku pergi ke bilik ibu dan menyalami ibu. Lantas ku kata " ibu, ajat bawa gepren hahaha"
"Ya ibu tahu." Balas ibu.
Aik? Tu je ibu balas ? Haha
"Ibu, cantik tau Ekin. Dia pakai tudung. Lawa sangat. Jomlah bu kita pergi bawah. Tambahan pula Ana tiba-tiba rasa nak main masak-masak dengan ibu. Nak masak Ketam Asam Pedas! Nyummmyyyy!" Tak boleh jadi ni. Aku mesti rapatkan ibu dengan Ekin. This is your chance Ana hahaha
"Pakai tudung ? Wow. Massive changing huh ? Hmm.. Ana nak masak apa tadi ? Ketam Asam Pedas ? Sounds good. Kita letak tu dalam satu menu untuk kenduri arwah okay ? " -ibu
"Takpela buu.. Ekin cuba kan ?" Balasku sambil senyum menunjukkan gigi rataku hahahah
"Ibu, Ana tak pandai masak hahaha Ana pandai check resipi dekat internet je. Tu lah Ana nak ibu join ana. Sekali dengan ekin tu. At least ibu boleh tolong Ana hahahah""Oh gitu ye ? Haha okay tetapi ibu takde beli ketam lah.. ibu suruh ajat lah pegi beli." -ibu
" okay! Takpe bu.. ana je bagitahu ajat suruh dia beli ketam. Tapi bu, duuiitt ? Hehehe" takut juga aku nak minta duit dari ibu ni. Yelaa .. ibu bukan ibu kandung aku jadi tak biasa hahaha
"Ajat ada duit. Dia baru je gaji tu ana. Takkanlah dah habis semua ? Kerja Engineering takkanlah takde duit ? " kata-kata ibu sungguh mengejutkan. Kurang tamadun kau ye Ajat. Ya tak ya juga. Kenapalah aku tak terfikir langsung. Ajat kan kerja sebagai Engineering bermula awal tahun ni. Duit mustahil takde. Bertuah punya budak .. eh lupa.. abang! Grrr
"Okay bu.. Ana turun dulu. Nak suru ajat beli ketam. 20 ekor ketam cukup kan bu ?" Balasku dengan pantas. Tak sabar aku nak lolong nama ajat dari tingkat atas lepastu WWE dengan dia sekejap sebab tipu aku . Tunggu kau jat!
"It's more than enough syg.. sebab kenduri kecil-kecilan je" -ibu
"Okay bu! At your service!" Jawabku. Aku membuka langkah dengan langkah seribu(waisehmenn metafora sangat hahaha) . Suara okay power mantap. 1..2..3..

ANDA SEDANG MEMBACA
Ketentuan Ilahi
Storie d'amorePerbezaan umur antara Zahril dan Diana Adzra menjadi penghalang untuk Zahril mengejar cinta pertamanya. Dia tahu bahawa tidak ada yang mustahil di muka bumi ini selagi dengan Izin Allah SWT. Namun, dalam usaha untuk Zahril mengejar cinta Diana Adzr...