Chapter 7

14 1 0
                                    

Azan subuh berkumandang. Burung mulai berkicauan. Angin dingin subuh menerpa di segenap penjuru bilik membuatkan bilik Adzra bertambah sejuk. Namun itu tidak menjadi penghalang untuk Adzra bangun dan menunaikan solat Subuh. Seusai sahaja solat subuh ditunaikan, disambung pula dengan membaca Quran.
Adzra cuba untuk melatih diri membaca Quran setiap kali selesai menunaikan solat wajib dan sunat agar lidah sentiasa dibasahi dengan bait-bait ayat Allah SWT.

Jam telah pun menunjukkan pukul 6. Kekhusyukkan Adzra membaca Quran serta tafsirannya sekali melekakannya sekejap tentang dunia yang penuh pancaroba.

*tok tok tok* pintu bilik Adzra diketuk.

Wajah mama Adzra tersembul di pintu daun.

"Ana ?.." panggil mama dengan lembut.

"Ya ma?" Sahutku.

"Ana bersiaplah. Kita kena gerak awal harini. Mama tak buat breakfast harini. Ayah kata kita breakfast kat luar sahaja lepastu kita pergi shopping." Kata-kata mama membuatku tersedar bahawa hari ini merupakan hari terakhir untuk aku bersama dengan mereka kerana selepas ini aku perlu hidup berdikari selama seminggu. Huarghhhhhh takmo!

"Awalnya perlu bersiap ma. Shopping complex pun belum buka lagi ma.." balasku dengan penuh tanda tanya. Baru jam 6 kot ni.. awal-awal nak ke mana juga ?

"Kita nak lawat kubur arwah nenek lah Ana." Jawab mama

"Ohhhh.. okaylah kalau macam tu. Ana bersiap dulu ye ma." Tanpa berlengah lagi, aku bersiap sedia selepas mama keluar dari bilikku. Aku tahu perjalanan hari ini akan memenatkam namun aku takkan sia-siakan hari terakhir aku bersama mama dan ayah sebelum mereka berangkat ke U.S. hmm...

***

Adzra dan keluarganya berangkat dari rumah pada pukul 7:30 pagi. Perjalanan ke Tanah Perkuburan Amani, tempat arwah nenek Adzra dikebumikan, tidak mengambil masa yang lama untuk tiba. Setiba mereka di sana, buku yassin dibuka dan ayah Adzra pun memulaikan bacaannya untuk ibunya tersayang. Alunan bacaan ayah Adzra mampu mencairkan hati sesiapa pun yang mendengarnya. Mana taknyaa, ayahnya dahulu merupakan seorang pelajar tahfiz  yang melanjutkan pelajarannya ke Universiti Islam Antarabangsa. Namun begitu, ayah Adzra memilih bidang perniagaan sebagai kursus yang dipilih ketika ingin menyambung pelajaran di Universiti tersebut. Maka, ayah Adzra telah menjadi seorang ahli perniagaan yang berilmu Islam seperti Nabi junjungan kita, Rasulullah SAW.

Seusai membaca yassin, tanah perkuburan nenek Adzra dibersihkan dan mereka pun bergerak untuk memulakan tujuan utama mereka.
Membeli belah~

"Okay! Dah pun sampai wahai datin-datin sekalian." Kata ayah dengan nada memerli. Apa taknyaa.. mama dan aku duduk di kerusi belakang. Mama kata nak manja puas-puas sebab esok dah nak berangkat ke U.S. hmm aku bab-bab manja ni kurang sikit nak bagi tunjuk. Bukan tak sayang, tetapi agak segan nak tunjukkan "affection"  hehe. Ada pula macam tu erk ?

"Let's go shopping!" Kataku dengan nada riang.

"Amboi Ana ? Bukan main riang lagi ana ye nak shopping sakan ? Macam Ana happy je mama dan ayah nak pergi U.S dan tinggalkan Ana seorang-seorang kat sini." Balas mama dengan nada seperti terasa hati.

"Eh mama ni. Tak lah.. Ana suka shopping je. Lagi-lagi bila mama dan ayah yang sponsor hehehe. Lagipun selama ni Ana beli barang pun guna duit Ana yang Ana kumpul-kumpul." Sememangnya aku jarang sekali meminta duit untuk membeli barang yang aku perlu. Duit yang aku dapat pun hasil titik peluh aku mengumpul wang saku yang ayah bagi dan kerja part time sebagai pelayan di sebuah KFC. Buat masa ni, aku masih merahsiakan dari pengetahuan mama dan ayah. Aku takut sekiranya mereka mengetahui tentang kerja part time tersebut dan menyuruh aku untuk berhenti serta merta.

"Hmm yela tu Ana. Mama surely gonna miss you baby.. jom shopping!" Balas mama kepadaku.

"I'm surely gonna miss you two maa, ayah" monologku dalam hati.

*****

Cikgu Zahril's POV

"Hello dad ? " kataku sejurus sahaja aku mendapat panggilan dari daddy. Aku tahu ia kelihatan sedikit pelik namun itulah panggilan aku terhadap ayahku

"Yes hello Aden. Where you at ?" Balas daddy.

"Aden kat rumah sewa Aden ni daddy. Why ?"

"Oh I see. Ni daddy nak tanya sebenarnya ni. Dalam dua tiga hari ni Aden dapat pulang rumah tak ? I miss my big boy! Your mum and your little siblings miss you too. They said that they want to meet you. Will you spend some nights at my house ?" Macam air je English daddy. Amboiii

"Dad.. you're acting so weird. Is there anything is happen at home ?"

"Do I miss my own son makes me look like a weird guy ?" Hah sudah! Konfem daddy makan hati dengan kata-kata aku tadi.

"Dad,I'm just joking okay ? Alright.. I'll be home tomorrow okay ? I might stayed at your home for 1 month. Is that okay ? Aden nak luang masa dengan adik-adik Aden tu. Plus, kereta daddy masih dengan Aden. Daddy perasan tak ? Hahaha"

" ya tak ya juga. Baru je daddy teringat yang kereta daddy masih dengan Aden. Ni nak tanya lagi ni.. pukul berapa Aden sampai sini esok ?"

"Esok Aden kerja. Mungkin lepas maghrib baru Aden berangkat ke rumah daddy lah.

"Okay. Will be waiting! Anyway, I've got to go. See you tomorrow son."

"Alright dad.. see you tomorrow."

Panggilan dimatikan. Sungguh rojak bahasa apabila aku mula bercakap dengan daddy . Sebenarnya daddy berbangsa Eurasian dan mendiang mummy pula berbangsa Manado. Kira aku ni memang Mix habislah tapi alhamdulillah, Allah SWT membuka hatiku untuk memeluk Islam. Awal-awal memang daddy menentang keputusan drastikku tetapi akhirnya daddy okay.

Hmm nampaknya aku kena kemaskan pakaian lah ni. Baju kat rumah daddy pun bukannya banyak sangat. Selepas itu, aku perlu keluar untuk membeli sedikit ole-ole untuk adik-adik aku tu. Memang jodoh daddy ni mix-mix ke orangnya ? Hahaha

Ketentuan IlahiWhere stories live. Discover now