Chapter 11

27 0 0
                                    

"Kita nak ke mana ?" Tanya Lisha sebaik sahaja kami berdua menapak keluar dari kelas.

"Ikut je. Kau tahu lah tu." Balasku dengan nada mendatar. Padahal hati bagai dah nak meletup. Yela.. apa tak.. bawa Lisha pergi rumah cikgu Zahril okayy

"Tapi aku tak tahu Diana." Polos Lisha menjawab . Aduh budak satu ni.

Kata-kata Lisha aku "angin"kan. Tambah jawab, tambah nak menanya.
Tiba sahaja di depan bilik pejabat cikgu Zahril, aku terus menyuruh Lisha tunggu sebentar .

Pintu pejabat bilik cikgu Zahril diketuk dan Diana Adzra pun masuk sebaik sahaja mendengar sahutan dari dalam bilik pejabat cikgu Zahril.

"Masuk." Kata cikgu Zahril sambil melonggarkan sedikit tali lehernya.

"Cikgu.." Kelu lidah Diana Adzra nak bercakap. Terkejut dengan penampilan cikgu Zahril.

Tiba-tiba ketawa Diana Adzra memenuhi segenap ruang bilik pejabat cikgu Zahril.

"What are you wearing ? Hahahahaha" tanya Diana Adzra sambil melihat pemakaian cikgu Zahril

"What are you wearing ? Hahahahaha" tanya Diana Adzra sambil melihat pemakaian cikgu Zahril

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Clothes" sepatah sahaja cikgu Zahril menjawab.

"Tak cikgu.. tadi pagi lain outfit. Lepastu dah habis waktu sekolah baru tukar pakaian." Diana Adzra pun tak tahu apa yang sampuk dirinya. Tiba-tiba sahaja berani bersuara dengan cikgu Zahril. Mungkin juga dia telah mengecapi tahap "chemistry" dengan cikgu Zahril. Well, cikgu Zahril kan guru Kimia. Apakahhh ? Haha

"Abang.. call me abang." Balas cikgu Zahril kepada Diana sebaik sahaja mendengar Diana memanggilnya cikgu berulang kali. Lupakah Diana bahawa dia kena panggil cikgu Zahril sebagai Abang Aden apabila mereka berdua ?

"Sorry.. okay. Abang." Panas hati Diana apabila diingatkan kembali. Kalau boleh, dia tak nak bermesra sangat dengan Abang Aden nya itu kerana takut hati buat hal. Faham ? Haha

"Kita keluar lepasni. Beli barang." Sedari tadi cikgu Zahril membalas kata-kata Diana dengan sepatah demi sepatah.

"We need to talk if we have any problem. By silence, we won't solve anything. By the way, saya pergi pejabat abang ni sebab saya nak bagitau yang Lisha dah nampak yang kita datang sekolah bersama-sama. Dengan kesihatan saya yang kurang baik ni, otak saya pening nak jawab soalan dia. So, boleh dia ikut ?" Laju dan padu sahaja Diana menjawab kata-kata cikgu Zahril. Terkejut cikgu Zahril dengan tingkah laku Diana. Marah ke ?

"I'm sorry." Tepat mata cikgu Zahril memandang cinta pertamanya itu. Entah kenapa tiba-tiba hati lelakinya diulit rasa bersalah.

"Just forget it. Lisha ada di luar. Saya tak nak buat dia lama-lama menunggu kat luar. Tengok dengan penampilan abang ni tambahan pula dengan "nak jalan" tiba-tiba ni, abang setuju ke Lisha follow ?" Fuhh gini ke ada abang ? Geli geleman Diana mengutarakan pertanyaan sebab selama ni bukan dia ada nak minta apa-apa permintaan dari sesiapa pun. Namanya pun sudah anak tunggal.

Ketentuan IlahiWhere stories live. Discover now