Chapter 2

30 3 0
                                    

Kriiiiiinggggg!

"Alhamdulillahhhh ~ Rehat jom! Dah naik meletop kepala otak aku ni dengan ilmu-ilmu power yang cikgu Jaimah tu bagi!" Kataku kepada "sisters sisters" yang paling aku cinta dunia wal akhiro!

" Betul tu. Serabut otak aku ~ entah apa-apa cikgu ajar tadi pun aku tak faham." Gumam Lisha yang merupakan kawan rapatku sejak tingkatan 1 . Juga merupakan pelajar paling "feymes" dekat sekolah. Haiilahhh mana taknyaa feymes kalau mata hazelnya buat teruna romeo terpana pabila yang melihatnya ciaciacia hahaha! Haa nak describe kat sini payah kot panjang nak tulis ~

" Laa .. Memang lah kau tak faham sha~. Bukan main syok lagi kau beradu tadi mengalahkan Sleeping Beauty. Nasib takde "peta" kau lukis tadi hahahahaha !"
Pecah speaker ketawa Wiyyah dengan lawak "bodoh" nya tu .

Riuh sekejap kumpulan meja anak dara dekat belakang. Sempat juga aku melirik ke kiri ke kanan kot kot ada pula manusia yang anti dengan perangai kami yang tak senonoh tu hahaha
Haaa Wiyyah ni pula merupakan kawan rapat aku yang kedua . Berkawan sejak sekolah rendah . Manis senyuman, gigi ala-ala Fazura , lesung pipit ? Takyah cakap dah . Konfem ah comel!

" Eh dah dah dah. Daripada kita terus membahan si Lisha ni and aku tengok dah muncung ke depan dah mulut dia tu mengalahkan mulut itik , better kita gerak sekarang pergi kantin sebelum fav food aku kena rembat oleh budak junior . " celah Asfa akibat takut terleka dengan ketawa , makanan favvy dia pula habis kena rembat.

Asfa ni nampak je ayu tapi kalau bab-bab makanan, amboii.. tak henti-henti dia makan . Walaupun begitu, dia juga merupakan pendengar setia kami berempat sekiranya ada masalah . Selalu memberi jalan penyelesaian tiptop punya lah ! Sebab tu aku sayang sangat kat sisters sisters aku ni kerana masing masing ada kelebihan .
Dalam diam~

Dalam perjalanan ke kantin , seorang lagi sister aku ni diam membisu je . Entah apa yang difikirnya . Nak kata ada boyfriend , batang hidung langsung tarak nampak . Nak kata dah kahwin , awal woi . Baru 17 tahun .

"Mira , kau dah kenapa eh diam je dari tadi . Since tadi pagi oii kau macam ni . Rindu Mira tau yang pagi-pagi dah buat lawak bodoh sampai ketawa nak tercabut rahang  . " omelku sambil mengingati kembali perangai lazim Mira everytime berkumpul sama-sama .

Yang lain semua bersetuju dengan kataku .

"Ah ? Aku ? Oh .. Ah hee akuu.. Aku .." Tersekat-sekat Mira bercakap .

"Dah kau ni dah kenapa Mira ? Ada masalah , kongsi ah . Kot-kot ker kita orang boleh bantu" kata Asfa kepada Mira seperti dapat mengagak bahawa sahabatnya tu dilanda masalah

*senyap*

Kami pun bergerak membeli makanan. Agak banyak juga dibeli mengalahkan juadah semasa berbuka puasa pula hahaha . Mana taknyaa stress oii . Dah lah SPM on the way meminang .
Seusai kami membeli makanan, tempat duduk lazim kami cop awal-awal. Tak nak pelajar lain duduk sebab kipas berada tepat di atas kepala hehehhehehe

*Bismillahirahmanirahim.. Allahumma bariklana fimarahzaktanah waqina azaabannar aaminnn*

Baru nak menyuakan makanan ke dalam mulut . Tiba-tiba ..

"Korang.." Mira bersuara .
"Ehmmm kenapa ? " serentak kami berempat menjawab sambil makan.

"Aku .. Aku .. Aku bakal berkahwin!" Pantas Mira berkata sambil menundukkan kepala . Bisu. Batu . Diam .

Ketentuan IlahiTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang