Chapter 10

16 0 0
                                        

*Paakkkkk!*

Satu tamparan hinggap di pipiku.
Hangat dan perit terasa.
Aku cuba meronta untuk dilepaskan namun aku tidak kenal siapa gerangan itu.
Bilik itu gelap. Tangannya kasar.

*Pakkkkkk!*

Tamparan dilontarkan sekali lagi.

"Lepaskan aku! Kau nak apa ha?!" Tempikku sambil meronta-ronta ingin dilepaskan.

"Kau tanya aku, aku nak apa ?! Dasar perempuan tak kenang budi!" Tengking lelaki tersebut. Aku tak dapat melihat dengan jelas muka lelaki itu tetapi..

Aku kenal suara itu!

FARID !

"Fariiiidddd! Lepaskan aku boleh tak ?! Aku tak ganggu hidup kau, kenapa kau nak ganggu hidup aku ?!" Sekali lagi aku tempik. Aku tahu bahawa dengan menempik, benda tak akan selesai. Namun tanganku terasa amat sakit akibat digenggam erat oleh Farid dan tamparan yang dilontarkan membuat tahap kemarahan aku telah sampai ke puncaknya.

"Babe, you've nowhere to go baby.. you belong to me. Forever will be hahaha" balas Farid dengan nada "sarcastic"nya.

"Lepaskan lah Farid! Hal lalu biarlah berlalu ! Lepaskan lah ! FAAARIIIIDDD!"





"Adzra.. Adzraaa! Bangun Adzra!" Satu suara asing muncul . Siapakah ?

Aku terjaga dari tidur dengan nafasku tercungap-cungap. Peluh merintik-rintik di dahi. Rambut terasa basah akibat peluh. Dan akhirnya.. di hadapanku..

Cikgu Zahril!

Serta

Uncle Jude dan Aunty Melissa.

"Are you okay darling ?" Tanya aunty Melissa kepadaku.

"Adzra ? Adzra okay ? Kenapa Adzra ni ? Uncle risau tau tak ?" Suara uncle Jude mengejutkan lamunanku seketika.

"Adzra.." kata cikgu Zahril. Sepatah. Entah, risau ke atau buntu tak tau nak buat apa . Sepatah nama je dia sebut .

"S-s-s-saya.. s-s-saya okay.." jawabku dengan suara terketar-ketar. Nafas cuba dicari di segenap ruang bilik. Oksigen! Oksigen mana oksigen!

Nafas ditarik sebanyak 3 kali. Namun ketika hendak menarik nafas untuk kali ketiga, airmata mula berjatuhan. Hati mula berasa sakit.

"Hey..hey Adzra. Baby ? Are you alright ?" Kata aunty Melissa.

"Aden, can you help me ? Please take a cup of warm water in the kitchen and bring it to here. Let Adzra drinks first." Sekali lagi aunty Melissa berkata. Tetapi kali ini bukanlah kepadaku. Tetapi abang Aden iaitu Cikgu Zahril.

"Okay okay.. I'll go. Dad, let's just give them some space." Balas cikgu Zahril kepada aunty Melissa dan uncle Jude.

"Adzra.. they've already go outside. Will you tell me what have happened just now ? Uncle Jude and I were so shocked because we heard Aden knocked your door wildly. Thankfully he ran down to downstairs and took the extra key. As we barged into your room, you just shouted someone's name. Farid ? Who is he ?"

Laju sahaja aunty Melissa bertutur dalam Inggeris. Otak aku yang masih dalam mode separa sedar pun tak mampu nak balas. Terkedu apabila mendengar aunty Melissa menyebut nama Farid. Sejurus selepas itu, cikgu Zahril muncul dengan segelas air.

"Let her settle down first okay Melissa ?" Kata cikgu Zahril kepada aunty Melissa. Eh eh dah budaya apa dah dalam rumah ni. Aunty Melissa ni kan ibu kepada cikgu Zahril. Suka suki je panggil nama.

Ketentuan IlahiTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang