"Argh.. tamat pun," Adam Iman mengeliat perlahan di duduknya. Kitab yang bewarna kuning setebal tiga inci ditutup perlahan lalu diletak molek di atas rak buku di tingkat paling atas. Memandang sebentar ke atas rak buku yang menempatkan kitab-kitab penulisan Ibn al-Qayyim dan lainnya.
Jam di dinding dilihat Adam. Dah pukul 4:00 petang.. terus pergi solat Asarlah jawabnya. Adam keluar dari bilik menuju ke tingkat bawah. Rumah itu sunyi. Ibu dan bapanya bercerai 2 tahun yang lalu. Ketika itu umurnya baru 11 tahun. Semenjak ibu dan bapanya bercerai, Adam seakan hilang arah kerana dia agak rapat dengan bapanya. Adam Iman meraup wajahnya perlahan. 'Adam, kau kuat! Ramai yang sayang kau lagi'. Kata-kata semangat bergema di dalam hatinya.
Sebaik daun pintu utama dibukanya, kelihatan kereta keluaran syarikat Honda 2015 masuk ke dalam garaj kereta rumahnya. Kurang mempedulikan hal itu, Adam mencapai motosikal miliknya yang dihadiahi oleh ibunya pada hari lahirnya yang ke-13. Ketika sedang dia menghidupkan enjin motosikal tersebut, Puan Rahayu menyapa anaknya yang sudah berbaju Melayu.
Adam sekadar menjawab ringkas lalu memecut laju motosikalnya ke jalan raya. Destinasinya tidak lain hanyalah masjid Putrajaya yang berhampiran dengan rumahnya itu.
Perjalanan dari rumahnya ke Masjid Putrajaya mengambil masa 7 minit sahaja. Sebaik tiba di masjid, Adam lekas memarkir motosikalnya di tempat yang disediakan lalu ke bilik wudu' bagi persediaan menunaikan solat.
Usai mengambil wudu', Adam Iman duduk di tempatsolat yang disediakan lalu termenung sendiri. 'Kalaulah ayah tak tinggal kamidulu.. mesti sekarang Adam duduk sebelah ayah'. Tanpa sedar, sudah lebih 15minit Adam Iman berada di situ. AzanAsar yang berkumandang mematikan lamunannya. Nafas dihela perlahan. 'Hidupmasih perlu diteruskan.
Allah kuatkan aku!' hatinya berbisik lagi menyalurkan kekuatan pada jiwanya. Adam bangkit lalu berdiri di dalam saf bersama Jemaah yang lain.
Setelah selesai salam dan doa ringkas dibaca imam, para jemaah bersurai. Namun, Adam masih lagi duduk bersila di tempat solatnya. Wajahnya sugul mengingati bapanya. Beberapa minit Adam mengelamun, lamunannya sekali lagi dimatikan dengan kehadiran beberapa orang pelajar lelakiya yang berjubah kelabu dan berkopiah merah gelap. Di tangan setiap daripada mereka, terdapat sebuah kitab yang bertulisan Arab di muka hadapannya. Mereka duduk di sebelah tiang berhampiran Adam Iman. Sedang Adam asyik memerhatikan mereka, datang seorang lelaki yang Adam anggarkan sekitar 50-an. Barang kali guru mereka. Tiba-tiba, lelaki yang dianggap Adam guru mereka itu,memandang lalu tersenyum kepadanya. Kemudian barulah dia duduk di dalam kumpulan yang terdiri daripada anak muda tersebut.
Adam memerhatikan kumpulan tersebut dan menunggu masa untuk bertanyakan kepada lelaki tua tersebut mengenai mereka. Kumpulan itu bersurai pada jam 5:30 petang. Setelah kesemua pelajar yang hadir pulang dan meninggalkan guru mereka di situ seorang diri, Adam bangun daripada duduknya melangkah ke arah lelaki tua tersebut.
"Assalamualaikum.. ustaz.. boleh saya tahu apa yang berlaku di sini tadi?" Adam duduk melutut di sebelah lelaki tua itu lalu bertanya lembut.
"Wa'alaiku mus salam.. tadi tu, sebenarnya ada pengajian kitab di sini. Pelajar-pelajar yang hadir tadi,datang daripada pelbagai tempat sekitar. Kenapa ya?"
"Ustaz,, kalau saya nak ikuti kelas tersebut bersama mereka boleh tak?" Adam bertanya dengan penuh semangat kerana dia akan berjumpa dengan lebih ramai yang sebaya dengannya yang turut ada keinginan yang sama dengannya.
"Sudah tentu boleh. Nanti datanglah esok. Sebelum tu, boleh ustaz tahu apa nama awak ni?"
"Oh, maaf lupa perkenalkan diri. Nama saya Adam Iman bin Farqi. Kalau macam tu, saya pergi dulu. Assalamualaikum"
"Ah ya, wa'alaiku mus salam" Adam menyalami tangan tua lelaki itu lalu beredar daripada masjid tersebut. Dia tidak sabar untuk hadir ke sana lagi pada hari esok.
;]
YOU ARE READING
Di Bawah Sayap Malaikat
SpiritualDi bawah sayap malaikat. Ukhwah itu terlalu indah dan mahal harganya andai kau tahu betapa besarnya rahmat Allah berikan kepada mereka yang bertemu dan berpisah kerana-Nya. Pokok amal ialah ilmu. ilmu yang benar hanya akan kau dapati andai kau mela...