Adam Iman menyelak lembut lembaran kitab berkulit keras bewarna hijau yang bertulisan Arab. Kata-kata yang dilemparkan oleh salah seorang pengguna laman sosial kepadanya sebantar tadi benar-benar mendominasi ruang fikirannya. Akhirnya, kitab yang baru diberikan kepadanya semasa kelas pengajiannya di masjid Putrajaya oleh Syeikh Zakariyya ditutup perlahan. Gangguan emosi oleh pengguna laman sosial bukanlah suatu hal yang asing lagi. Lebih-lebih lagi apabila Adam agak terbuka dalam membenarkan orang mengikutinya di laman sosial. Adam Iman mengingati semula bait kata-kata yang dilemparkan kepadanya.
'Sudah-sudahlah akhi sebarkan fahaman wahabi tu. Akhi cepat-cepatlah taubat daripada tersimpang lebih jauh lagi. Apa guna umur muda tapi sesat?'
Serabut. Kenapa aku? Aku baru 17 tahun. Tuhan,Kau kuatkanlah hatiku.
Adam Iman akhirnya mengambil keputusan untuk membincangkan hal ini di dalam kumpulan di aplikasi laman sosialnya. Seingatnya,mesej yang terakhir yang Adam Iman baca di dalam kumpulan itu dihantar oleh Iqbal. Fuh,lamanya. Dah 6 bulan rupanya berlalu. Sebaik menaipkan masalah yang ingin diketengahkan, Adam kembali duduk termenung. Di atas katilnya. Hal ini bukanlah suatu hal yang baru. Sudah beberapa kali dia hadapi perkara ini. Entah mengapa, walaupun kata-kata yang diucap hanyalah sedikit jika nak dibanding dengan sebelum-sebelum ini, kata-kata yang dihamburkan kali ini seakan masuk ke hatinya lalu merobek perasaannya di sudut yang paling dalam.
Adam merupakan pendebat Bahasa Arab yang acapkali mewakili sekolahnya dalam pertandingan-pertandingan debat Bahasa Arab. Kedudukannya sebagai pendebat yang pertama menjadikannya seorang yang lantang berbicara. Namun demikian, kata-katanya sentiasa disusun dengan baik agar dapat disampaikan dengan berkesan kepada para pendengar. Entah mana silapnya, Adam dipinggirkan oleh kebanyakan rakan-rakannya di sekolah.
SPM. Kawan. Debat. Ibu. Abah. Tuduhan.
Segala-galanya bercampur-aduk di dalam mindanya. Fikirannya sedikit berkecamuk memikirkan segala macam hal yang sedang menghantui mindanya. Tiba-tiba, Adam Iman terbayang kembali senyuman Abu Uwais
Rindu. Nak teringin nak jumpa antum. Bila boleh jumpa lagi? Abu Uwais, Ataa, Yus, Bal.. Aiman Farish? Ya,dia sayang tapi tak sempat rindu sebab tiap-tiap petang jumpa masa kelas pengajian. Masa ana rasa futur dulu.. antum datang supaya ana qowiy.
'Tahun depan jomlah jumpa lagi masa cuti semester. Seronoklah keluar dengan antum semua,' Iqbal meluahkan kata-kata itu semasa mereka semua dalam perjalanan ke pusat meluncur ais di pasaraya itu.
'In Sya Allah. Kalau ada rezeki. Kita pergi ramai-ramai lagilah macam ni, kan Syahmi? Ata?' Adam Iman membalas kata-kata Iqbal manakala Syahmi dan Ata sekadar tersenyum.
'Anta tak nak ajak ana ke?' Yusry pula menyampuk. Nada dibuat-buat supaya kedengaran seperti sedang berjauh hati.
'Mestilah ana ajak. Anta orang pertama nanti ana ajak. Dengan Aiman Farish juga,' Iqbal Hakimi berkata lembut sambil memaut bahu kedua-dua orang sahabatnya yang berada di sisinya. Senyumannya yang manis dihadiahkan seikhlas hati.
Adam Iman mengelamun jauh mengingati pertemuan mereka tahun lepas. Saat indah yang telah dilalui mereka bersama ketika itu seakan baru berlalu. Seakan baru semalam juga dia mengenali seorang insan yang digelar Abu Uwais walaupun nama sebenarnya Fikri Syahmi. Seakan baru semalam juga mengenali Ataullah. Tanpa pemilik nama Adam Iman itu sedar, sebutir mutiara jernih muncul di tubir kelopak matanya.
Ataullah menyelak buku yang memaparkan kisah-kisah sahabat Rasulullah. Petang itu, Ataullah seakan tiada perasaan untuk pergi bermain bersama adik-adik di pondoknya itu. Ataullah sekadar duduk di dalam bilik. Pada asalnya, Ataa' ingin mentadabbur beberapa potongan ayat. Namun, tiba-tiba hatinya tergerak untuk menyelak helaian-helaian sejarah para sahabat.
Sedikit sebanyak kisah yang dipaparkan di dalam buku tersebut telah menjentik rasa rindu terhadap sahabatnya yang pernah berjumpanya tahun lepas di IOI Mall. Mereka semua orang hebat. Pemuda yang amat sukar untuk jumpa masa kini. Masakan boleh disamakan mereka dengan para pemuda yang lain zaman kini. Menjadi mereka memerlukan tahap ketabahan dan kesabaran yang tinggi. Pernah beberapa kali Ataa menjenguk laman sosial milik Abu Uwais dan Abu Faruq. Atau lebih tepat dipanggil Adam Iman dan Fikri Syahmi. Acapkali dilihat akaun sosial mereka menjadi sasaran untuk para 'pahlawan papan kekunci' menghamburkan segala macam tuduhan yang tidak berasas.
'Tuhan, kau kuatkan hati mereka berdua.' Hati Ataullah berbisik perlahan.
Ataa' pernah melalui hal tersebut. Ataa' pernah melalui zaman gelap. Zaman yang pada ketika itu, dia juga antara salah seorang yang mengata buruk mengenai mereka yang seperti Syahmi dan Adam Iman. Sampailah suatu hari, insan bernama Iqbal Hakimi hadir dalam hidupnya. Iqbal menutur kata dengan baik untuk mengajak Ataullah berbuat baik. Selain itu, akhlak yang sangat baik juga dimiliki oleh Iqbal. Meskipun Fikri Syahmi merupakan seorang penghafaz al-qur'an, namun Ataullah mengakui bahawa tiada lagi orang yang lebih baik akhlaknya yang pernah Ataullah jumpa melainkan Iqbal-lah orangnya. Iqbal membantu Ataullah untuk terus kuat ketika Ata jatuh tersungkur. Iqbal jualah yang membantu Ata untuk bangkit ketika jatuh ke dalam lubang kegelapan. Ataullah yang begitu keras hati suatu masa dahulu sedikit sebanyak cair hatinya setelah mendapat sedikit sebanyak bimbingan oleh pemilik nama Iqbal Hakimi.
Kerinduan buat rakan-rakannya pada hari itu memuncak.
'Adatlah andai rindu-rinduan dalam berukhwah'
Nafas berat dihela perlahan. 'Memang rindu. Tapi apakan daya, masa tak membenarkan. Bal,Yus, Mi, Dam, Man... semoga waktu membawa lagi kita untuk bertemu'. Hatinya berbisik penuh kerinduan.
YOU ARE READING
Di Bawah Sayap Malaikat
SpiritualDi bawah sayap malaikat. Ukhwah itu terlalu indah dan mahal harganya andai kau tahu betapa besarnya rahmat Allah berikan kepada mereka yang bertemu dan berpisah kerana-Nya. Pokok amal ialah ilmu. ilmu yang benar hanya akan kau dapati andai kau mela...