Jumpa

50 5 1
                                    


Keputusan yang dikeluarkan untuk carian 'Ataullah' tidak banyak. Adam mengklik pemilik akaun Ataullah yang berada di atas sekali. Dilihatnya soalan-soalan yang dijwab baru-baru ini. Salah satu soalan yang diajukan kepada Ataullah ialah milik Abu Uwais. Adam seakan tertarik untuk turut memberikan soalan kepada Ataullah kerana perasaan ingin mengenali Ataullah yang membuak-buak.

Beberapa minit kemudian, soalan yang diajukan oleh Adam Iman dijawab oleh Ataullah.

'pujian itu lebih merengsakan dari rokok, rokok membahayakan jantung, sedang pujian merosakkan hati...'

Cahaya kagum sedikit memancar di wajah Adam Iman. Puitis. Tapi dalam maknanya. Adam melihat jawapan-jawapan milik Ataullah yang terdahulu. Kata-kata yang Ataullah gunakan dalam setiap jawapan yang diberikan sememangnya agak kasar walaupun bukannnya carutan yang digunakan. Berbeza sekali dengan Abu Uwais. Kata-kata yang digunakan Abu Uwais jauh lebih lembut daripada bahasa yang digunakan oleh Ataullah. Pasti sahaja Ataullah merupakan seorang yang tegas.

Untuk mengenali dengan lebih lanjut, Adam Iman membuka laman sosialnya yang berikon burung biru. Dia ingin bertanyakan perihal Ataullah kepada Abu Uwais. Barangkali mereka bersahabat.

Sedang asyik Adam berbalas mesej bersama Abu Uwais mengenai Ataullah,kedengaran ibunya memanggilnya dari tingkat bawah untuk menjamah sarapan. Lantas, Adam Iman menghentikan perbualannya lalu ke tingkat bawah untuk menjamah sarapan bersama keluarganya.

Sepulangnya Adam daripada Masjid besi setelah menunaikan solat maghrib, Adam duduk sahaja di dalam bilik lalu membuka kitab tulisan Imām Ibn al–'Uthaymīn. Kemudian dibuka pula buku catatan yang sememangnya sentiasa berada di sampingnya. Pen dicapai, lalu bait-bait perkataan penting muncul di buku tersebut setelah pen berjenama Pilot milik Adam menari-nari di atas helaian kertas buku catatan miliknya.

Adam dapat menghabiskan satu tajuk di dalam kitab Sharh 'Aqīdah al–Wāsitiyyah lalu bangun untuk bersolat Isya'. Pada hari ini, dia ada janji temu secara maya dengan Abu Uwais dan Ataullah.

Hari berganti minggu, minggu berganti bulan, bulan berganti tahun. Sedar tidak sedar, sudah setahun masa berlalu sejak Adam mengenali sahabat-sahabat mayanya yang belum pernah lagi bersemuka dengannya. Pada suatu hari, Fikri Syahmi mencadangkan supaya mereka bertemu. Cadangannya dipersetujui semua orang. Tempat yang bakal menjadi saksi pertemua pertama mereka ialah IOI Mall

Adam hadir ke tempat tersebut bersama Aiman Farish kerana Aiman Farish juga turut teruja mendengar cerita dariapada Adam Iman mengenai mereka.

'Mereka orang hebat Adam, ana teringin nak jumpa mereka,'begitulah kata Aiman ketika dia memberitahu Aiman mengenai mereka berdua.

Lamunan Adam Iman terhenti sebaik sahaja terasa bahunya disentuh oleh seseorang dari belakang. Lantas Adam Iman menoleh untuk melihat pemilik tangan yang telah hinggap di bahunya.

"Assalamualaikum. Abu Faruq?" Pemilik tangan itu memberi salam kepada Adam Iman.

Sedikit terkesima dengan sapaan salam itu. Namun sahaja, Adam menjawab salam itu dengan segaris senyuman sementelah melihat senyuman manis yang terukir di wajah sang pemberi salam. Aiman Farish yang baru pulang dari tandas turut terkesima mendengar nama yang diucapkan oleh lelaki yang menyapa Adam Iman. Abu Faruq?

Di Bawah Sayap MalaikatWhere stories live. Discover now