4 tahun kemudian.
Islamic University of Medina,Saudi Arabia.
Hari ini Adam tersilap jadual. Sebaik sahaja sedar akan hal itu, Adam lantas bersiap sepantas mungkin. Sudah beberapa malam Adam Iman tidur lewat kebelakangan ini. Ini merupakan semester kedua dia mengambil pengajian Hadith. Namun demikian, ini tidak menjadi penghalang untuk Adam tampil sebagai antara pelajar terbaik dalam kursus yang diambilnya itu. Pengajian yang dijalani olehnya dan Aiman Farish pada setiap petang di Masjid Putrajaya selama 3 tahun itu benar-benar banyak membantunya untuk masuk ke universiti ini.
'Fuh nasib baik sempat sampai. Tak sia-sia latihan larian masa sekolah dulu.' 10 minit masih berbaki sebelum kelas bermula. Adam masuk ke dewan kuliah lalu mengambil tempat yang agak belakang. 'Duduk belakang tak seronok. Nasiblah.. siapa suruh salah tengok jadual.'
Beberapa minit kemudian, pensyarah berketurunan Arab masuk ke dewan kuliah dan pengajian hadith secara formal berjalan lancar selama satu jam.
Setelah habis satu-satunya kelas pengajiannya pada hari itu, Adam mula membuka mesej-mesej yang terpapar di notifikasi telefon pintarnya.
'Semua pergi kafe kolej masing-masing petang ni. Lepas Asar tempat masing-masing,ya.-Aimanfarish'
Pesanan itu disampaikan di dalam kumpulan di aplikasi sosial mereka. Kening Adam terangkat kehairanan. Kafe? Ada apa di kafe?
Meskipun benaknya didandan persolan yang menggunung, Adam tetap sahaja ke kafe pada petang itu lalu mengambil tempat di meja makan yang boleh memuatkan seramai enam orang.
Adam Iman termenung seketika mengingati pesanan ringkas yang dihantar ke kumpulan itu pada petang tadi. Jam tangannya ditilik. Menghampiri jam 5 petang. Lebih kurang satu jam setengah lagi, masuk pula waktu Maghrib. Sekarang di Medina menghampiri musim sejuk dan waktu siang sudah mula menunjukkan tanda-tanda untuk habis lebih cepat. Ini bermakna, waktu solat juga akan berganjak dengan lebih pantas.
'Kenapa Aiman suruh duduk di kafe kolej masing-masing lepas Asar ni??' Adam Iman bermonolog sendirian. Sedang dia sibuk mengasak hatinya dengan bermacam-macam lagi soalan yang lain, bahunya terasa disentuh oleh tangan seseorang.
Sedikit terkejut. Namun, Adam seakan merasakan bahawa persoalan yang menari-nari di benaknya sedari tadi akan terjawab andai dia menolehkan wajahnya kepada pemilik tangan yang menyentuh bahunya. Pemandangan pertama yang menyapa pandangannya ialah, wajah seorang pemuda yang memakai kopiah bewarna merah gelap dan berjalur putih. Wajah itu tersenyum kepadanya. Manis. Otaknya berputar buat seketika. Kabur. Siapa pemuda ini? Tiba-tiba, pemuda itu memeluknya.
'Wangian ini! Macam pernah bau..hah! Dah ingat!'
Seakan kotak memorinya baru terbuka pada ketika itu. Kelihatan jua sedikit mutiara jernih muncul di birai matanya.
"Alalalalaa....anta jangan nangis dulu. Tunggulah yang lain sampai dulu," Fikri Syahmi mengambil tempat di sebelah Adam Iman.
"Entah..apalah anta, baru jumpa ni,janganlah nak rosakkan suasana dengan air mata anta tu," Ataullah pula memeluk Adam Iman sambil menambah kata-kata Fikri Syahmi sebentar tadi. Memang dengar macam menyakitkan hati, tapi memang itulah cara Ataullah menzahirkan rasa sayangnya kepada sahabat-sahabatnya.
Adam Iman sekadar tersenyum mendengar kata-kata Ataullah. Belum sempat mulutnya menuturkan apa-apa, mereka disapa pula suatu suara yang tidak asing padanya.
"Assalamualaikum,semua." Aiman Farish menegur semua yang berada di situ sambil mengambil tempat di sebelah Ataullah. Tangan dihulur kepada mereka semua yang berada di situ. Setiap daripada mereka menjwab salam tersebut dengan senyuman terukir di bibir masing-masing.
"Macam mana antum boleh kumpul di sini?" Adam Iman lantas bertanya kepada mereka semua tanpa sebarang pendahuluan lagi.
"Itulah.. Ana dengan Ataullah ambil pengajian Bahasa Arab. Abu Uwais ambil pengajian syar'ie, anta ambil pengajian hadith. Macam mana nak jumpa? Dah semester kedua, tapi kami belum jumpa anta saja. Blok pengajian hadith jauh sangatlah. Kami bertiga saja baru jumpa. Iqbal dengan Yusry nanti sampai sekejap lagi." Aiman Farish menjawab panjang lebar soalan yang diajukan oleh Adam Iman.
"Lah.. satu U ke?? Ruginya tak jumpa awal-awal hari tu...." kata-kata Adam Iman tergantung sebaik sahaja satu suara asing menyapa mereka.
"Assalamualaikum semua. Maaf lambat!! Tadi tersalah naik bas pula. Hehe."
"Itulah.. orang dah pesan suruh periksa awal-awal dalam internet, hah.. kan dah salah naik bas,hahaha" Yusry menambah informasi yang dibawa oleh Iqbal dengan tawa kecilnya.
Iqbal dan Yusry datang bersama ke IUM itu kerana mereka berdua berada di universiti yang sama di Turkey. Mengambil kursus yang sama, universiti yang sama. Walaupun berlainan semester, mereka berdua menjadi rapat kerana sememangnya pernah saling mengenali.
i-theme-fo; @
YOU ARE READING
Di Bawah Sayap Malaikat
DuchoweDi bawah sayap malaikat. Ukhwah itu terlalu indah dan mahal harganya andai kau tahu betapa besarnya rahmat Allah berikan kepada mereka yang bertemu dan berpisah kerana-Nya. Pokok amal ialah ilmu. ilmu yang benar hanya akan kau dapati andai kau mela...