"Tak adalah lambat sangat. Duduklah,kenapa berdiri? Ana dengan yang lain baru sampai. Cumanya, Abu Faruq sajalah yang tunggu lama sikit," Fikri Syahmi membalas kata-kata Iqbal dan Yusry setelah mereka di situ menjawab salam mereka berdua.
Sebaik sahaja mereka berdua duduk, penuhlah semua kerusi di meja makan yang pada mulanya hanya diduduki Adam Iman. Suasana ketika di Johnny's beberapa tahun lalu seakan berulang kembali. Kerinduan di hati setiap mereka yang menggunung lewat waktu itu, pada hari ini terubat juga.
Masing-masing berlumba-lumba untuk menceritakan kisah hidup masing-masing sehingga diizinkan oleh Tuhan untuk sekali lagi bersatu di bawah lembayung kasih sayang-Nya pada hari itu.
"Ana dengan Iqbal ambil kursus senibina di Turkey. Ingat nak menyanyi saja lepas SPM.. tapi cemburu pula bila tengok antum semua tengah bekerja keras untuk sambung belajar di luar negara," Yusry mula membuka cerita ketika suasana di situ mula menyepi kerana masing-masing sibuk melayan perasaan sendiri.
"Nasib baik ana dapat pujuk dia haritu. Nak ucap terima kasih jugalah sebab kembar Fitri Fikry pun tolong pujuk sekali. Susah juga nak pujuk Yus ni sebenarnya. Hahaha," giliran Iqbal pula menambah. Tawanya disambut pendengar yang lain apabila melihat Yusry sedikit menarik muka apabila tawa Iqbal meletus.
"Baguslah sangat apa yang anta buat tu.. ingat semua, kita para penuntu ilmu ni.. kena sentiasa bersungguh-sungguh dalam apa sahaja yang kita tuntut.. sebab, ustaz ana pesan 'para penuntut ilmu ni,sentiasa dipayungi malaikat. Moga ada keberkatan dalam setiap ilmu yang kita tuntut,' .." Syahmi menambah sedikit pesanan lagi kepada mereka yang lain
'Tuhan, terima kasih atas nikmat ini. Semoga aku dan mereka yang lain sentiasa qowiy dalam menempuh apa jua rintangan yang mendatang.' Senyuman milik Adam yang paling manis terukir lagi di Kota Pensyarie'atan itu. Air mata kesyukuran juga diseka pantas agar tiada yang perasan akan hal itu.
YOU ARE READING
Di Bawah Sayap Malaikat
DuchoweDi bawah sayap malaikat. Ukhwah itu terlalu indah dan mahal harganya andai kau tahu betapa besarnya rahmat Allah berikan kepada mereka yang bertemu dan berpisah kerana-Nya. Pokok amal ialah ilmu. ilmu yang benar hanya akan kau dapati andai kau mela...