Nah..!! Makan ye?.. Aumm.. sedap tak?..", Fizi menyuakan sudu yang dipegangnya ke arah mulut patung itu seolah-olah sedang memberikan ia makanan. "Fizi bagi makan apa tu?..", ujar Halita sambil tersenyum. "Fizi bagi nasik.. dia cakap sedaplah bu..!!", balas Fizi. Halita melihat jam di dinding berhampiran dengannya. "Dah pukul sebelas..", katanya di dalam hati. Dia harus mengejutkan anak lelaki sulungnya untuk ke sekolah. Halita meninggalkan kerja-kerja di dapurnya dan terus masuk ke dalam bilik anak lelakinya. "Hafiz.. Hafiz.. bangun lekas..!! Pergi sekolah..", Halita menggoyang-goyangkan badan Hafiz yang berkelubung dalam selimut. Melihat Hafiz yang tidak memberikan sebarang reaksi, Halita menepuk peha anaknya itu dengan lembut sambil memanggil namanya. Hafiz membuka mata dengan perasaan malas-malas. 'Prangg..!!', bunyi sesuatu yang pecah berderai mengejutkan kedua anak-beranak itu. Halita segera keluar dari bilik. "Ya Allah Ya Tuhanku.. kenapa ni Fizi?..", jerit Halita. Dia melihat anak bongsunya itu duduk bersila di hadapan pinggan kaca yang pecah bertaburan di atas lantai sambil memeluk erat anak patung kesayangannya. "Fizi tak buat bu.. 'adik' ni yang pecahkan..!!", ujar Fizi memaksudkan anak patungnya. Halita merenung Fizi dengan perasaan geram. Masuk kali ini sudah lima pinggan kacanya pecah.
YOU ARE READING
ANAK PATUNG FIZI
HorrorFizi memeluk ibunya dengan linangan airmata. Hafiz dan Nurin membantu Irfan mengumpulkan sampah-sampah bersama patung kesayangan Fizi untuk dibakar. Sebaik sahaja Irfan menyalakan api yang kemudiannya menjilat keseluruhan patung tersebut, Fizi menan...