dik duduk ye?.. mak nak masak sekejap tau..!!", Fizi meletakkan anak patungnya dalam posisi duduk. Ibunya Halita hanya memerhatikan sahaja. "Adik nak makan apa?.. mak masak ye?..", keletah Fizi menggamit perhatian ibunya. Sesekali terhibur juga Halita melihatkan anak lelaki bongsunya itu bermain masak-masak bersama anak patung kesayangannya. Fizi memang sangat gemar bermain dengan anak patung itu. Pernah pada satu hari, anak patungnya terjatuh ketika mereka berdua menaiki motor untuk kedai. Terus sahaja dia meloncat turun dari motor untuk mengambilnya kembali. Menjerit-jerit Halita bagaikan hilang akal kerana menyangkakan Fizi terjatuh dari motor yang ditungganginya. Namun Fizi langsung tidak mengalami sebarang kecederaan. Sedikit calar pun tidak kelihatan pada tubuhnya. Sebaliknya Fizi hanya tersenyum sambil membersihkan gaun putihnya yang sedikit kotor.
YOU ARE READING
ANAK PATUNG FIZI
TerrorFizi memeluk ibunya dengan linangan airmata. Hafiz dan Nurin membantu Irfan mengumpulkan sampah-sampah bersama patung kesayangan Fizi untuk dibakar. Sebaik sahaja Irfan menyalakan api yang kemudiannya menjilat keseluruhan patung tersebut, Fizi menan...