Terdengar seseorang memberi salam di luar rumah. Nurin, anak keduanya sudah pulang dari sekolah. Terkocoh-kocoh dia menanggalkan kasut sekolahnya di luar dan terus masuk ke dalam rumah. Beg sekolahnya yang berat di campakkan ke atas sofa. Nurin duduk sambil menyandarkan tubuhnya yang keletihan di atas kerusi. "Pergi tukar baju tu dulu Nurin..!! Nanti kotor..", ujar Halita yang kurang senang melihat perlakuan anak perempuannya itu. "Nanti kejaplah bu.. Nurin penatlah..!!", jawab Nurin sambil menekan punat pada alat kawalan jauh televisyen. Dari satu saluran ke satu saluran televisyen dia menukar untuk mencari cerita yang menarik untuk di tonton. Tiba-tiba jari-jemarinya terhenti dari menekan punat alat kawalan jauh itu. Sebuah cerita yang bertajuk 'Child's Play' sedang dimainkan di kaca televisyen. Watak Chucky iaitu sebuah anak patung yang dirasuk oleh roh penjenayah kejam itu membuatkan mata Nurin tertumpu ke arah televisyen. Wajahnya berkerut-kerut bila melihat anak patung itu menekup muka pemandu kereta itu dari belakang dengan menggunakan plastik sehingga pemandu itu kelemasan dan mati akibat kekurangan oksigen. "Eeiii.. jahatnya..!!", bisik Nurin perlahan.
YOU ARE READING
ANAK PATUNG FIZI
HorrorFizi memeluk ibunya dengan linangan airmata. Hafiz dan Nurin membantu Irfan mengumpulkan sampah-sampah bersama patung kesayangan Fizi untuk dibakar. Sebaik sahaja Irfan menyalakan api yang kemudiannya menjilat keseluruhan patung tersebut, Fizi menan...