Bang.. saya nak cakap sikit ni..!!", ujar Halita mengejutkan suaminya yang baru masuk tidur setelah penat seharian berkerja. Irfan mengiring ke arah isterinya. "Ada apa?.. saya penatlah..", rengus Irfan. "Petang tadi saya nampak benda pelik.. tapi bukan hantu..!!", Halita menerangkan. Irfan membeliakkan biji matanya. "Nanti..!! Saya pun nak cakap sesuatu dengan Ita.. mungkin sama dengan cerita Ita kot..!!", Irfan mencelah. Halita memasang telinga. "Ada satu hari tu saya ternampak patung yang Fizi suka tu berjalan-jalan ke dapur.. saya ingat saya mimpi ke apa ke.. tapi bila saya pergi ke dapur, saya nampak patung tu keluar ikut pintu dapur..!! Lepas tu patung tu hilang tak tau pergi mana..", cerita Irfan membuatkan Halita semakin tak sabar untuk bercerita tentang kejadian siang tadi kepada suaminya. "Saya tengah masak kat dapur.. tiba-tiba saya dengar ada suara mintak makanan sebab lapar.. saya pun tolehlah ke kiri ke kanan.. tak ada apa-apa..!! Tapi bila saya pandang ke bawah, patung tu berdiri sambil memandang ke arah saya..!! Eiii..!! Saya pun lari macam tak cukup tanahlah.. Tapi lepas tu Fizi datang marah-marah kat saya.. dia kata patung tu cakap dengan dia saya yang tendang patung tu sampai pecah..!! Padahal Fizi tak tau pun pasal kejadian tu bang..!!", terang Halita panjang lebar mengenai kejadian petang tadi.
YOU ARE READING
ANAK PATUNG FIZI
HorrorFizi memeluk ibunya dengan linangan airmata. Hafiz dan Nurin membantu Irfan mengumpulkan sampah-sampah bersama patung kesayangan Fizi untuk dibakar. Sebaik sahaja Irfan menyalakan api yang kemudiannya menjilat keseluruhan patung tersebut, Fizi menan...