Nurinnnn..!! Tak dengar apa ibu cakap tadi?.. pergi tukar baju sekarang..!! Ibu rotan nanti..", jerit ibunya membuatkan Nurin kelam-kabut menutup televisyen. Dengan perasaan yang berat, dia mengambil beg sekolahnya dan masuk ke dalam bilik untuk menyalin pakaian. Halita merasa sungguh sibuk hari ini. Kerja memasaknya sekejap-sekejap terpaksa ditinggalkan kerana melayan karenah anak-anaknya yang sukar menerima nasihat. Dia harus menyiapkan segera makanan untuk santapan keluarganya dengan segera. Dalam kesibukan itu, Halita tiba-tiba terdengar sesuatu. Seakan bunyi orang berbisik namun terasa begitu hampir. "Ibu.. saya lapar..", suara itu menerjah masuk melalui corong pendengarannya. Halita mencari-cari dari arah manakah suara itu datang. Tiba-tiba Halita tersepak sesuatu lalu memandang ke bawah. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat patung kepunyaan anak bongsunya itu berdiri tegak sambil memandang ke arahnya. Halita menjerit dan meloncat-loncat ketakutan. Ditendangnya anak patung itu beberapa kali sehingga terpelanting menghempas dinding dapur. Kemudian dia terus berlari ke ruang tamu sambil menoleh ke belakang. Risau jika patung itu mengekorinya.
YOU ARE READING
ANAK PATUNG FIZI
TerrorFizi memeluk ibunya dengan linangan airmata. Hafiz dan Nurin membantu Irfan mengumpulkan sampah-sampah bersama patung kesayangan Fizi untuk dibakar. Sebaik sahaja Irfan menyalakan api yang kemudiannya menjilat keseluruhan patung tersebut, Fizi menan...