Mata Halita meliar mencari kelibat patung kesukaan anak bongsunya itu di ruang tamu rumahnya. Irfan pula sibuk mencari-cari di dapur. Lama Halita meneliti setiap inci ruang tamu rumah tersebut namun bayang patung itu langsung tidak kelihatan. Tiba-tiba Halita terdengar dengus nafas seseorang berada dekat dengan telinganya sewaktu dia menunduk untuk mengenepikan meja majalah. "Kenapa ibu pecahkan muka 'adik'?.. 'Adik' sakit bu..!!", suara seperti seorang budak kecil menyapa telinganya membuatkan Halita serta-merta berpaling. Alangkah terkejutnya Halita bila sepasang matanya menyaksikan patung milik Fizi sedang berdiri dengan wajah menggerunkan tersengih sambil memegang sebilah pisau dapur. Patung itu melompat ke arahnya dan bertenggek di dadanya sambil menyeringai garang. "Ibu dah pecahkan muka 'adik'.. sekarang 'adik' nak ibu rasa macammana 'adik' rasa..!!", patung itu bersuara sambil mengangkat pisau yang digenggamnya ke udara seolah-olah mahu membenamkannya ke muka Halita. Suara Halita seperti tersekat di kerongkong. Seluruh badannya tak mampu untuk digerakkan kerana terlalu takut. Dalam keadaan cemas itu tiba-tiba Irfan datang dan terus memukul patung itu sehingga tercampak ke pintu bilik mereka. Bagai orang gila, Irfan terus menerus memukul patung itu dengan menggunakan kayu belantan yang tersimpan di dapur. Suara patung itu menjerit dan mengaduh kesakitan menyeramkan sesiapa sahaja yang mendengarnya sehinggalah patung itu diam dan tidak bersuara lagi.
YOU ARE READING
ANAK PATUNG FIZI
HorrorFizi memeluk ibunya dengan linangan airmata. Hafiz dan Nurin membantu Irfan mengumpulkan sampah-sampah bersama patung kesayangan Fizi untuk dibakar. Sebaik sahaja Irfan menyalakan api yang kemudiannya menjilat keseluruhan patung tersebut, Fizi menan...