BAB 3:Bukan saya ibu!!!

143 17 1
                                    

"Fizi jangan nak tipu ibu.. takkan patung tu boleh pecahkan pinggan?..", marah Halita. Dia mengambil penyapu di dapur dan terus mengutip serpihan-serpihan kaca yang bertaburan. "Jangan bangun..!! Ibu nak kutip kaca ni..!!", sergah Halita pada anaknya bila melihat Fizi yang hendak bangun dari duduknya. Setelah pasti tiada serpihan-serpihan besar yang tertinggal, Halita terus menyapu permukaan lantai itu kerana bimbang kalau-kalau masih ada lagi serpihan kecil yang bertaburan. "Kenapa bu?..", suara Hafiz dari muka pintu biliknya dengan wajah yang kusut masai. "Tak ada apa-apalah..!! Pergi mandi cepat.. nanti tertinggal bas sekolah..", Halita mengarahkan. Hafiz menjeling ke arah Fizi yang berwajah sugul sambil memandang lantai. Geram sungguh hatinya. Kalau bukan kerana adik bongsunya itu, ibunya takkan marah-marah begini. "Bodoh..!!", katanya pada Fizi sambil menunjukkan buku limanya. Fizi menjeling tajam ke arah Hafiz sambil menarik muka masam. Halita yang melihat bibit-bibit perbalahan antara mereka berdua itu segera mencelah. "Sudah..!! Sudah..!! Fizi pergi main kat luar.. ibu nak kemas ni sekejap..!! Hafiz pergi mandi lekas.. cepat..!!", ujarnya.

ANAK PATUNG FIZIWhere stories live. Discover now