TD Part 2

93 11 0
                                        

Seperti biasa, Ben pulang awal ke rumah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Seperti biasa, Ben pulang awal ke rumah. Earphone disangkut dalam cuping telinga dan langkah kakinya mula berjalan ke luar perkarangan sekolah. Sampai di satu simpang, Ben masuk ke dalam satu kedai haiwan peliharaan.

Ben keluar dari kedai itu beberapa minit kemudian dengan sebungkus plastik beg. 

*

"Bell.." Panggil Ben sesampainya dia di rumah. Seekor kucing berwarna putih berlari-lari dari dapur ke arah Ben.

"Daddy belikan snacks." Ben menunjukkan beg plastik tadi. Bell mengiau keriangan.

Ben senang hati melihat Bell makan dengan berselera. Tangannya mengusap lembut bulu Bell.

"Im sorry, lately daddy abaikan Bell.." Kata Ben dengan kesal. Ben lega apabila exam sudah lepas, bermakna dia boleh meluangkan lebih banyak masa dengan Bell.

*

Hari-hari yang membosankan berlalu seperti biasa. Namun rutin Ben sedikit berbeza sejak kedatangan Dhirana. Setiap hari, Ben akan mengelak daripada berlanggar dengan basikal Dhirana. Dan setiap hari jugalah, Dhirana akan meminta maaf kepada Ben.

"Sorry!"

"Sorry!"

"Sorry!"

Sampai terdetik di dalam hati Ben, 'Budak ni memang tak reti bawak basikal ke apa?'

Namun lama kelamaan, Ben sudah mula terbiasa.

Dan sekali lagi,

"Sorry!" Ben buat tidak tahu, reaksi biasanya.

"By the way, you look cool today..!"

Reaksi Ben, 'Whatever..'

*

Buku nota kecil berwarna merah dikeluarkan dari poket seluarnya.

"Boleh saya duduk sini?"

Ben menoleh ke arah suara tersebut.

Dhirana tayang senyum. Tanpa menunggu jawapan daripada Ben, Dhirana terus duduk di atas bangku tersebut.

"Saya selalu tengok awak duduk sini setiap kali rehat." Dhirana memulakan kata.

"Kat sini.. memang 'sunyi'.. kan?" Ben pandang depan.

'Haah.. sangat 'sunyi'..'

Mereka berdua mula makan bekal yang dibawa. Seperti biasa, Ben dengan roti dan susu coklatnya manakala Dhirana membawa nasi goreng dan jus epal.

Mereka makan dengan senyap sambil membaca nota yang dibawa.

"Kenapa.. tak rehat dengan dorang?" Ben bertanya tiba-tiba. Dhirana teruja mendengar pertanyaan Ben. Sangkanya, Ben tidak mahu bercakap langsung dengan dia.

"Sebab dorang 'bising' sangat." Jawab Dhirana ringkas.

"Saya tak suka dengar benda negatif." Sambung Dhirana lagi. Ben diam. Dia tahu sangat perangai budak sekelasnya.

"Kadang-kadang saya rasa lebih baik saya kawan dengan orang yang bisu. At least, dorang tak boleh cakap benda buruk." Dhirana pandang Ben sekilas sebelum menyambung.

"But that is too mainstream. So I choose you."

Ben pandang Dhirana.

"Saya nak kawan dengan awak." 

Teenage DirtbagWhere stories live. Discover now