Ben merenung siling yang ditayang cerita kartun. Namun fikirannya melayang pada hari pertama persekolahannya di Venus High School.
Dia masih ingat cara pandangan yang dilemparkan kepadanya. Dan bisikan pelajar yang lalu di sebelahnya.
"Eii.. budak mana ni?"
"Weyh, kau rasa dia mandi air longkang ke pagi tadi?"
"Ish.. macam mana boleh ada budak pengotor kat sekolah ni?"
Pandangan yang dilemparkan pula tiada yang normal melainkan sinis serta jelingan keji.
Semuanya sebab dia terlanggar tong sampah semasa dalam perjalanannya ke sekolah pagi itu akibat dikejar anjing liar.
Tiada siapa yang bertanya apa yang berlaku adanya melainkan kutukan yang diterima. Sejak itu Ben tahu, mentaliti pelajar di sekolah itu 'sakit'.
Setiap hari selepas itu, dirinya dipandang rendah. Dikutuk, diumpat malah dihina di depan mata.
"Weyh, kau orang miskin eh?"
"Pakaian kau memang tak pernah kemas ke?"
Soalan seperti itu dilempar setiap hari pada 2 bulan awal persekolahannya. Tetapi, setelah dibiarkan soalan sampah itu tidak berjawab setiap kali ditanya, pelajar lain mula tidak menghiraukan Ben.
Anehnya, Ben rasa aman, tenang bila mereka tidak mempedulikan kewujudan dia di dalam kelas itu. Hidupnya terasa tenang meskipun hari-hari ada sahaja perkara negatif yang didengari daripada mulut-mulut orang-orang dalam kelas itu.
Sebab itulah, bila Nani tanya soalan yang kurang ajar pada Dhirana dulu, dia hanya senyum sinis. Sebab dia juga pernah alami perkara tersebut.
Ben juga faham bila Dhirana kata rakan sekelas mereka 'bising'.
Bising-- mengumpat, mengutuk, and all those rubbish talking.
"Saya nak kawan dengan awak."
Kata-kata Dhirana terngiang-ngiang di cuping telinganya. Bell datang untuk minta dibelai.
"Patut ke daddy kawan dengan dia, Bell?"
*
Ben pelik. Patutnya waktu macam ni, Dhirana akan lalu di sebelahnya, dan dia kan mengelak daripada dilanggar. Tapi sampai sekarang, bayang Dhirana pun dia tak nampak.
'Dia tak datang ke harini?'
"Ben!"
Ben pusing ke belakang dan melihat Dhirana yang berlari ke arahnya. Langkah kaki Ben terhenti secara automatik untuk menunggu Dhirana. Earphone ditanggal.
Dhirana termengah-mengah setelah berlari mengejar Ben dari belakang. Penat dia menjerit tapi Ben tak dengar. Rupanya sebab Ben pakai earphone.
"Mana basikal?"
"Kat rumah."
"Rosak?"
Dhirana geleng kepala.
"Saya nak jalan kaki harini."
Dhirana sengih.
*
Dhirana dan Ben buat tak tahu apabila pelajar-pelajar di sekolah itu memandang mereka dengan pelik.
Mungkin sebab tak pernah menyangka yang Ben akan berkawan dengan Dhirana. Lebih tepat lagi, Ben akan berkawan. Sebab mereka semua gelar Ben 'Teenage Dirty'.
Teenage Dirty-- orang yang takde kawan, suka buat hal sendiri
Tapi, Ben dan Dhirana buat tidak tahu. Dah tahu sangat dengan reaksi yang akan mereka terima.
Sejak pagi itu, Dhirana banyak dengar dirinya dikutuk oleh rakan sekelasnya.
"Elok sangatla tu. Dua-dua selekeh."
"Baguslah, tak payah aku nak berkepit dengan dia je."
Dan bermacam-macam lagi.
*
"Ben, mama saya bekalkan saya dua roti pita. Mama saya suruh bagi awak satu."
Ben ambil dan ucap terima kasih.
Susu kotak perisa strawberi dihulur kepada Dhirana.
"Aku tak tahu kau suka perisa apa."
Dhirana menyambut dengan hati yang senang.
"Favorite saya fresh milk."
Mereka menikmati bekal dengan tenang.
"Kau tak kisah ke?"
Soal Ben tiba-tiba setelah mengunyah roti.
Dhirana diam.
"Tak langsung. Saya dah agak reaksi dorang."
"Lagipun, mama saya suka bila saya kata saya dapat kawan baru macam awak. Cukuplah tu. Kan?"
Wajah Dhirana dipalit senyum.
Tanpa sedar, wajah Ben juga terpalit dengan senyuman.
YOU ARE READING
Teenage Dirtbag
Teen FictionTeenage Dirtbag-- tak ada kawan, suka buat hal sendiri. * BEN dan DHIRANA masing-masing merupakan TEENAGE DIRTBAG di Venus High School. Mereka berdua dipulaukan oleh semua pelajar di sekolah tersebut tanpa sebab yang kukuh. DHIRANA menghulurkan sal...