TD Part 5

54 9 0
                                        

Esoknya, Dhirana bangun awal untuk ke sekolah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Esoknya, Dhirana bangun awal untuk ke sekolah. Bimbang Ben akan menunggu lama. Lagipun rumahnya agak jauh dari rumah Ben.

"Rana, makan kongsi dengan Ben ya?" Pesan Puan Ani seraya menghulurkan bekas bekal kepada Dhirana.

Dhirana mengangguk laju.

"Oh, payung!"

Hujan yang lebat pada pagi itu membuatkan Dhirana hampir selsema. Namun langkah kakinya tetap riang seperti selalu.

Dhirana berlari anak ke arah Ben yang sedang menunggu di bawah lampu jalan. Disebabkan hari hujan, cuaca agak mendung dan gelap.

"Jangan lari, nanti jatuh." Ujar Ben apabila Dhirana mendekatinya.

"Hehe. Sorry lambat. Mama saya suruh saya pakai sweater."

Ben dan Dhirana berjalan beriringan ke sekolah.

"Tangan kau ok ke?"

"Hmm? Oh.. tak ada apalah. Lebam sikit je. Dua tiga hari nanti, eloklah."

"Nani yang buat eh?"

"Hmm. Dia tak sengaja kut. Tertarik tangan saya kuat sangat." Fikir Dhirana dengan positif. Ben tidak membalas apa-apa.

Sesampainya di sekolah, belum sempat Dhirana melabuhkan duduk, Nani datang mendekatinya.

"Dhirana, aku nak cakap sekejap." Dhirana terpinga-pinga.

"Kau nak kertas ni kan?"

Kelas yang riuh rendah tiba-tiba sunyi apabila Ben bersuara.

Mata Nani terbuntang. Darahnya naik secara mendadak. Dia ingatkan Dhirana akan dapatkan maklumat tersebut secara senyap-senyap.

"Ohh.. pasal kertas tu ke? Ben kata dia nak isi, jadi saya bagi kertas tu kat dia." Ujar Dhirana dengan senyuman.

Mendengar kata-kata Dhirana membuatkan Nani menyangka bahawa Ben juga turut suka pada dia. Bibirnya mengukir senyum.

"Nah." Kertas putih itu dihulur pada Nani. Nani yang tersipu malu cuba mengambil kertas tersebut namun Ben terlebih dahulu menarik semula kertas tersebut.

Nani terpaku. Matanya semakin membulat apabila melihat kertas tersebut dikoyakkan menjadi cebisan-cebisan kecil. Satu kelas terkejut melihat adengan itu. Dhirana juga terkejut namun tidak mampu untuk berbuat apa-apa.

"Sorry not sorry. Aku tak suka orang macam kau."

Nani terasa seperti maruahnya baru dipijak oleh Ben. Matanya tajam memandang Dhirana, menunjukkan bahawa semua ini berpunca daripada Dhirana.

"You'll pay for this!" Kata Nani dengan lantang sebelum menapak keluar dari kelas.

*

Ben dan Dhirana memandang tapak yang biasa mereka rehat dengan wajah yang tegang.

Tak sampai seminit, Dhirana menghamburkan ketawanya. Melihat Dhirana yang ketawa sampai terkeluar air mata, Ben turut tergelak, namun cuba dikawalnya supaya tidak keterlaluan seperti Dhirana.

"Saya tak sangka awak akan buat macam tu." Ujar Dhirana dengan sisa tawanya.

"Awak nampak cool giler!!" Sambung Dhirana lagi.

Ben tersenyum. Sangkanya, Dhirana akan marah atau sedih tapi sebaliknya.

"Aku tahu." Dhirana pandang Ben. Dan menyambung gelak.

"Kau tak takut ke?"

Dhirana pandang Ben dengan dahi yang berkerut.

"Takut?"

"Dia kan ugut kau tadi."

"Oh.."

Dhirana diam.

"Saya takut."

"Sebenarnya saya takut." Wajah Ben dipandang sekilas.

"Tapi mama saya selalu pesan untuk berani dengan apapun yang ada depan mata saya. Jadi, saya kena pura-pura tak takut." Dhirana mengenggam kuat tangannya. Wajahnya mengukir senyum.

Telefon bimbit Dhirana tiba-tiba berbunyi.

"Mama?"

Dhirana pelik. Selalunya mama dia tak pernah telefon waktu sekolah. Panggilan tersebut dijawab.

Air muka Dhirana terus berubah apabila menjawab panggilan tersebut. Usai panggilan dimatikan, Dhirana bangun dengan tergesa-gesa.

"Ayah saya kena serang sakit jantung."

Teenage DirtbagWhere stories live. Discover now