TD Part 8

67 12 0
                                        


Dhirana berdebar-debar apabila dipanggil ke bilik guru. Dalam kepalanya, puas dia berfikir jika ada kesalahan yang dilakukan tanpa sedar.

"Kau ni relaks lah." Ujar Ben apabila melihat Dhirana yang cuak.

"Betul ke saya tak ada buat salah? Habis tu kenapa saya kena panggil? Sekolah ni nak buang saya eh? Sebab tadi tu ke? Patutnya saya yang kena, tapi awak pulak yang kena. Tu lah, patutnya tadi awak biarkan je saya tolak pintu tu tadi."

"Kau ni banyak cakap jugak kan?"

Dhirana menggaru kepalanya. Puas kepalanya memikirkan sebab dia dipanggil ke bilik guru.

Sampainya di depan pintu masuk, jantung Dhirana terasa seperti mahu pecah. Dia teringat kembali saat dia berdiri di depan bilik guru di sekolah-sekolah lamanya. Satu je sebabnya-- kena buang sekolah sebab selalu tidak hadir.

Kaki Dhirana terpaku di depan pintu masuk.

'Macam mana kalau aku kena buang lagi? Kat mana aku nak pindah? Papa nak bayar yuran sekolah baru macam mana?'

Tiba-tiba bahunya terasa dipegang.

"Everything's gonna be alright. Aku janji." Dhirana pandang Ben. Nafas ditarik dan dihembus sepuasnya. Kakinya melangkah masuk.

"Dhirana!" Sir Kamil memanggil Dhirana dari kejauhan. Dhirana menuju ke arah Sir Kamil sambil diikuti oleh Ben dari belakang.

"Saya ada berita nak bagitahu awak." Sir Kamil memulakan kata.

"Saya dah tengok rekod awak dan.."

Dhirana berdoa di dalam hati supaya dia tidak dibuang sekolah.

"Dan sekolah ni dah buat keputusan untuk--"

"Tolong jangan buang saya, Sir." Dhirana melutut di hadapan Sir Kamil yang terpinga-pinga. Ben menepuk dahi.

"Err.. Dhirana, bukan macam tu.." Sir Kamil pandang kiri kanan sambil tersengih, memberitahu rakan sekerjanya bahawa dia tidak melakukan apa-apa pada Dhirana.

"Tolonglah saya, Sir."

"Dhirana, sebenarnya awak dapat biasiswa dari sekolah ni." Air mata Dhirana tidak jadi mengalir. Mukanya diangkat memandang Sir Kamil untuk memastikan bahawa cikgunya tidak menipu.

"Saya dah tengok rekod awak. Walaupun kehadiran lama di sekolah awak tak berapa elok, tapi result awak bagus. Awak tahu kan, sekolah swasta tak terlalu pentingkan kehadiran? Jadi awak terpilih untuk dapat biasiswa. Semua bayaran yang ayah awak buat dulu akan dipulangkan semula." Sir Kamil menghabiskan ayatnya dengan senyuman manis.

Dhirana terus berdiri dan menepuk kain sekolahnya.

"Yeke Sir? Terima kasih banyak-banyak, Sir!" Dhirana menunduk berkali-kali sebagai tanda terima kasih.

"Awak patut ucapkan terima kasih pada Ben."

*

Dhirana dan Ben beriringan pulang ke sekolah. Mereka menikmati pandangan pada petang itu dengan tenang.

"Trimas Ben."

Ujar Dhirana tiba-tiba.

"Kau tak marah?"

"Marah? Kenapa?"

Ben garu kepala.

"Biasanya kalau kawan baik nak tolong kawan dia dengan kuasa yang dia ada, kawan dia tu akan marah dia. Kan?"

Teenage DirtbagWhere stories live. Discover now