TD Part 6

57 12 2
                                        


"Ayah saya kena serang sakit jantung."

Ben terkejut.

Mereka berdua mengambil beg sekolah di dalam kelas debelum berlari keluar dari perkarangan sekolah. Nasib baik masa itu tiada cikgu di dalam kelas. Ben dan Dhirana menaiki bas untuk ke hospital.

Ben hanya menunggu di luar pintu wad. Manakala Dhirana di dalam wad untuk menjenguk ayahnya yang dikatakan sudah stabil. Pintu wad dibuka dari luar. Ben mengangkat kepala dan terus berdiri apabila melihat Dhirana dan mamanya keluar.

"Rana balik dulu, ya. Biar mama jaga papa kat sini." Dhirana mengangguk.

"Ben.. tolong hantar Rana, boleh?" Ben mengangguk laju.

*

"Ayah kau dah okey ke?" Tanya Ben untuk memecahkan kesunyian di dalam bas yang hanya dinaiki mereka berdua dan beberapa orang yang lain.

Pandangan Dhirana ke luar tingkap beralih pada Ben.

"Haah." Dhirana tayang senyum.

"Saya minta maaf."

"Kenapa?"

"Awak ponteng sekolah harini."

Ben baru teringat bahawa dia ponteng sekolah kerana mengikut Dhirana ke hospital.

Ben sengih sambil garu kepala.

"Takpe. Saya suka cuba benda baru."

Mata Dhirana membuntang.

"Ni.. first time awak ponteng ke?"

Ben angguk.

"Ni bukan first time awak ponteng ke?"

Dhirana angguk.

Mata Ben pula membuntang.

Tak lama, mereka ketawa.

"Ayah saya selalu sakit."

Ketawa Ben mati.

"Mungkin sebab keluarga saya banyak sangat masalah. Hutang, kos pelajaran saya, kos perubatan saya, bil.." Dhirana membuka cerita.

"Kalau awak nak tahu, saya ni sakit. Antibodi saya tak kuat, jadi saya selalu sakit. Setiap bulan, saya kena buat check-up kat hospital. Dan sebab saya selalu tak datang sekolah, tak ada sekolah yang nak saya. Jadi, papa saya masukkan saya dalam sekolah swasta." Dhirana mengambil nafas.

"Waktu mula sekolah dulu, saya cakap keluarga saya memang selalu pindah kan? Sebabnya saya sakit. Papa saya berniaga kedai runcit, mama saya ambil upah buat kuih. Dorang bekerja keras untuk sara saya. Semuanya sebab saya."

"Macam mana kau boleh senyum?"

Dhirana tidak faham soalan Ben.

"Macam mana kau boleh senyum.. dalam situasi macam tu?"

Dhirana senyum lagi.

"Sebab mama dan papa saya suka tengok saya senyum. Dorang cakap beban dorang hilang bila tengok saya senyum. Walaupun susah, saya tetap kena senyum."

"Lagipun.. senyum tu boleh buat kita rasa tenang tau. Awak pun patut senyum selalu. Senyuman awak pun boleh buat orang keliling awak rasa tenang."

Ben terdiam.

Sepanjang perjalanan pulang, Dhirana tersengguk-sengguk. Kepalanya sedikit lagi hendak terhantuk pada dinding bas, namun Ben cepat-cepat menahan dengan tangannya.

Pemandangan pada malam itu merupakan pemandangan yang tidak akan dilupakan oleh Ben seumur hidupnya.

*

Ben dan Dhirana berjalan kaki pulang ke rumah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ben dan Dhirana berjalan kaki pulang ke rumah.

Ben melihat rumah dua tingkat di depannya. Bawahnya merupakan sebuah kedai runcit manakala tingkat atas adalah kediaman Dhirana dan keluarganya.

"Tunggu situ kejap." Dhirana menunjukkan sebuah bangku di bawah pokok di depan rumahnya dan berlari ke dalam rumah.

Tak lama kemudian, Dhirana membawa dua cawan mug dan sepinggan biskut di atas dulang. Ben segera mengambil dulang tersebut dari tangan Dhirana.

"Kenapa susah-susah?"

"Mana ada susah. Ini je yang saya mampu buatkan untuk awak sebab dah teman saya satu hari. Ke.. awak penat? Alamak! Saya lupa la, mesti awak penat sangat harini kan? Awak mesti rasa nak balik cepat."

Dhirana mengetuk kepalanya kerana tidak berfikir panjang tentang kepenatan Ben.

"Eh, eh." Ben menarik tangan Dhirana yang mengetuk kepalanya.

"Jangan la ketuk kepala kau. Aku tak kisah la. Kau tu je.. mesti penat. Dalam bas tadi pun kau dah tertidur." Dhirana tarik sengih.

Akhirnya, mereka berborak kosong ditemani bintang dan bulan. Habis susu coklat, Ben meminta diri untuk pulang ke rumah.

"Esok kau datang sekolah kan?" Tanya Ben.

"Haah." Dhirana mengangguk.

"Kau masuk dulu."

Melihat Dhirana masuk ke dalam rumah sehinggalah Dhirana melambai dari tingkap, barulah Ben pulang ke rumahnya. 

Teenage DirtbagWhere stories live. Discover now