Seperti biasa, Ben dan Dhirana menuju ke sekolah bersama-sama. Tapi, setibanya di hadapan kelas, Nani tersenyum sinis ke arah mereka. Macam ada sesuatu yang tersirat pada senyumannya pagi itu.
Tangan Dhirana yang ingin menolak pintu ditarik oleh Ben terlebih dahulu. Sebaldi air jatuh di atas kepala Ben. Ben menyeringai.
Dhirana cepat-cepat menuju ke arah Ben.
"Ben, awak okey tak?"
Ben menggangguk.
"Aku okey."
"Ben! Awak okey? Kenapa awak tarik Dhirana? Saya buat perangkap tu untuk dia! Tengok, awak dah basah kuyup." Nani mendekati Ben dengan lagak prihatin.
"Nah, tuala untuk awak." Cadangnya tuala itu ingin dicampak pada Dhirana apabila terkena sebalidi air tersebut.
Ben menepis tuala tersebut ke lantai. Matanya tajam memandang Nani. Seperti ingin ditelan sahaja perempuan itu hidup-hidup. Nani mengundur ke belakang setapak.
"Saya ingat nak lepaskan awak, Nani."
Sir Kamil sudah berdiri di belakang Nani tanpa disedari sesiapa.
"Tapi awak dah usik silap orang. Kalau Pengerusi Venus Company tahu yang awak nak kenakan adik saya, awak rasa apa yang akan jadi?"
Satu kelas terkejut dengan kata-kata yang meluncur keluar dari mulut Sir Kamil.
"Ben adik Sir Kamil?"
"Maknanya dia anak Pengerusi Venus lah?"
"Serius ke weyh?"
Reaksi pelajar sekolah itu sangat terkejut. Siapa sangka budak yang dipulaukan selama ini ialah anak Pengerusi Venus Company. Pemilik Venus High School.
Dhirana juga tidak terkecuali terkejut dengan fakta tersebut.
"Selama ni, saya biarkan orang mengata adik saya sebab mental dia kuat. Tapi fizikal dia taklah kuat sangat. Dia masih tak boleh kalahkan saya bila lawan taekwando."
Ben senyum sinis.
"Nani, ikut saya ke bilik guru. Ben, you are given 10 minutes to dry yourself."
Air muka Nani mula berubah. Nampaknya, dia baru sedar bahawa dia telah membuat silap besar. Air matanya mula membasahi pipi. Malangnya, tiada sesiapa yang kesian dengan keadaan dirinya.
*
"Saya ingatkan saya sorang je yang simpan rahsia daripada awak. Rupanya rahsia awak lagi besar dari saya."
Dhirana pandang Ben dengan mata yang kecil.
"So, kita dah fair and square la kan?"
Dhirana angkat bahu dan angguk.
"Saya rasa tak percaya pulak berkawan dengan anak orang kaya. Macam mimpi je."
Ben tergelak kecil.
"Kau rasa bertuah kan? Aku kan hensem, kaya pulak tu." Mata Dhirana membuntang memandang Ben.
"Ini Ben kan? Ben, awak demam ke? Ke awak sakit? Kuat betul penangan sebaldi air tadi. Sampai mereng kepala otak awak."
"Mana ada lah! Aku okey je." Tukas Ben.
"Lah.. manalah saya tahu. Biasanya awak tak macam ni." Dhirana membela diri.
"Tu lah.. kau tak kenal lagi siapa aku sebenarnya."
"Hmm. Takpe. Saya suka Ben seadanya."
YOU ARE READING
Teenage Dirtbag
Teen FictionTeenage Dirtbag-- tak ada kawan, suka buat hal sendiri. * BEN dan DHIRANA masing-masing merupakan TEENAGE DIRTBAG di Venus High School. Mereka berdua dipulaukan oleh semua pelajar di sekolah tersebut tanpa sebab yang kukuh. DHIRANA menghulurkan sal...