'Cause I'm just a teenage dirtbag..'
Ben berjalan kaki dengan tenang ke sekolah. Lagu di earphone menghilangkan kesunyian pada pagi itu.
Namun langkahnya yang teratur menjadi kelam kabut untuk mengelak basikal yang ditunggang oleh seorang gadis dari belakang.
"Sorry!" Gadis itu menoleh ke belakang sambil mengangkat tangan dengan sengihan dan terus menyambung kayuhannya.
Ben memegang dadanya yang terasa laju berdegup kerana masih terkejut.
"Nasib baik aku sempat elak.." Bisiknya perlahan. Langkah kaki kembali diayun.
*
"Pelajar baru?"
Itu perkataan pertama yang Ben dengar apabila melangkah masuk ke dalam kelas. Meja di hujung tingkap dituju tanpa memandang sesiapa. Beg diletak di belakang kerusi, kepala dipusingkan ke arah tingkap.
Mata Ben leka melihat pelajar sekolah yang berjalan masuk ke dalam pintu masuk sekolah.
Pandangan Ben sedikit pun tidak beralih dari melihat ke luar tingkap sehinggalah bunyi loceng bergema menunjukkan bahawa kelas akan bermula sebentar sahaja lagi.
Pelajar-pelajar mula berlari memasuki perkarangan sekolah dengan tergesa-gesa. Ben tersenyum sinis.
*
Seorang lelaki tinggi lampai dengan kaca mata dan baju yang kasual masuk ke dalam kelas.
Sir Kamil. Guru Kelas 6 Venus merangkap Guru MUET.
Semua pelajar mula berdiri untuk memberi ucapan selamat.
"Saya rasa kamu semua dah tahu berita yang saya akan sampaikan since dalam kelas ni memang banyak sangat paparazi and gossip girl. Kan?" Kata sarkastik itu membuatkan kebanyakan pelajar di dalam kelas itu tersipu.
"So.. as you know, we have a new student starts of today." Sir Kamil memandang ke luar kelas dan memberi isyarat kepada seseorang untuk masuk ke dalam kelas.
Seorang gadis berambut perang melangkah masuk ke dalam kelas dengan langkah yang sopan.
"And its a girl. Lucky for you, boys.." Sir Kamil membuat lawak.
"You may introduce yourself now." Gadis perempuan itu melemparkan senyum kepada seisi kelas.
"Err.. hai! Nama saya Dhirana."
"Any questions for this little girl?" Sir Kamil menambah apabila dilihat gadis itu seperti tidak tahu untuk menyambung kata.
"Kenapa pindah sini?" Tanya seorang pelajar perempuan di dalam kelas itu.
"So typical, but lets hear it out." Sir Kamil memandang Dhirana untuk menjawab soalan tersebut.
"Saya memang selalu berpindah."
"You mean, your families are nomad people?" Tanya seorang perempuan dengan nada sinis. Dhirana tersentap.
"Okay, we stop here. I don't want anymore rude questions." Kata Sir Kamil dengan muka yang selamba sambil menyuruh Dhirana untuk ke tempat duduknya.
"Lets start our lessons."
Habis sesi perkenalan, barulah Ben memandang ke depan. Senyum sinisnya disorok.
*
Loceng berbunyi menandakan waktu rehat sudah tiba. Alat tulis dan buku disimpan di dalam beg sebelum satu beg kertas dikeluarkan. Ben bangun dan menuju ke luar kelas.
Roti disuap ke dalam mulut sambil menikmati pemandangan yang tenang.
Tenang-- which means no noises, no jerks, just a peaceful sight.
Susu kotak dihirup perlahan. Buku nota kecil dibaca sambil matanya sesekali terpejam cuba mengingat apa yang dihafal.
5 minit sebelum waktu rehat habis, Ben masuk ke dalam kelas semula.
Tanpa dia sedar, sepasang mata leka memerhatikannya.
YOU ARE READING
Teenage Dirtbag
Fiksi RemajaTeenage Dirtbag-- tak ada kawan, suka buat hal sendiri. * BEN dan DHIRANA masing-masing merupakan TEENAGE DIRTBAG di Venus High School. Mereka berdua dipulaukan oleh semua pelajar di sekolah tersebut tanpa sebab yang kukuh. DHIRANA menghulurkan sal...