TD Part 4

59 10 0
                                    

Dhirana bersiap-siap untuk pulang setelah tamat waktu sekolah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dhirana bersiap-siap untuk pulang setelah tamat waktu sekolah. Harini dia lambat sedikit untuk menyelesaikan beberapa tugasan. Ben pula menunggu di depan pagar sekolah. Sewaktu keluar dari kelas, tangan Dhirana ditarik oleh seseorang.

"Nani!"

Nani tayang senyum.

"Aku ada benda nak tanya dengan kau."

"Lepaskan tangan saya dulu." Dhirana menarik pergelangan tangannya yang terasa perit.

"Kau rapat dengan Ben kan?"

Dahi Dhirana berkerut.

"Kenapa dengan Ben?"

"Aku suka dia."

Dhirana tersentap. Matanya terkelip-kelip.

"Apa kaitannya dengan saya?"

"Kau tolong aku?" Pinta Nani.

"Tolong apa?"

Nani menghulurkan sekeping kertas kepada Dhirana.

"Kau cari tahu jawapan pada soalan yang aku bagi ni."

"Esok aku nak tau!" Nani menepuk kuat bahu Dhirana sebelum menghilangkan diri.

*

"Kenapa lambat?"

"Ha?"

Ben pandang Dhirana.

"Kenapa lambat? Kau pergi toilet ke?"

"Oh, taklah. Nani panggil saya tadi." Jawab Dhirana sambil berjalan beriringan dengan Ben.

"Dia nak apa?" Tanya Ben lagi.

"Ni." Dhirana memberi sekeping kertas pada Ben.

"Bagi aku je lah. Nanti aku isi." Jawab Ben selamba seraya memasukkan kertas tersebut ke dalam poket seluarnya.

Dhirana mengangkat bahu.

"Dia nak esok tau." Ben angguk tanpa menoleh pada Dhirana.

Sampai di satu simpang, mereka bertukar laluan. Dhirana terpandang sebuah kereta yang nampak familiar di hadapan rumah Ben.

"Esok nak aku tunggu kau ke?"

Dhirana angguk.

"Kalau saya lambat, awak tunggu la. Tapi kalau awak lambat, saya tunggu dekat sini."

"Ok."

"Saya balik dulu."

Ben mengangguk.

"Jangan lupa letak ubat."

Dhirana menoleh ke belakang.

"Ha?"

"Tangan tu.. jangan lupa letak ubat."

Dhirana melihat pergelangan tangannya yang sudah berlebam.

"Ok."

*

"Mama, Rana dah balik."

Kasut sekolah diletakkan di atas rak kasut.

Mama Rana, Puan Ani menyambut kepulangan anaknya.

"Macam mana sekolah?"

"Ok je."

"Tangan tu kenapa?"

"Ha? Er.. Tak ada apa-apa." Dalih Dhirana, tidak mahu mamanya risau.

"Rana tak kena buli kan?"

"Eh, mama ni. Anak mama kuatlah. Siapa je yang berani buli..?"

Puan Ani tergelak melihat Dhirana yang menunjukkan aksi kuat.

"Jangan lupa letak ubat, ya. Lepas tu turun makan."

"Ok, ma." Dhirana berlari menaiki anak tangga. Pintu bilik ditutup perlahan.

Usai mandi, Dhirana menyapu ubat pada pergelangan tangannya.

Dia terasa sedikit sedih kerana disebabkan pergelangan tangannya yang sakit, pasti dia tidak dapat menolong mamanya mengangkat barang yang berat untuk sementara waktu.

"Takpelah, sakit sekejap je ni." Dhirana cuba memujuk dirinya. 

Teenage DirtbagWhere stories live. Discover now