Namaku Izrin Hakim. Hari ni adalah hari pertama aku melangkah masuk ke sekolahku sebagai seorang pelajar Tingkatan 3.. ye tahun ni aku akan menduduki Pentaksiran Tingkatan 3 as we knew as "PT3". Sehari sebelum tu..fuhh excited gila aku nak pergi sekolah.. mana tak excited sebulan lebih cuti akhir tahun..mana tak rindu semua kekawan aku. Barang kelengkapan sekolah semua dh siap aku kemaskan. Malam tu punyalah aku tak boleh tidur, terbayangkan muka budak- budak tu semua.
Okay back to the present day, macam biasa hari ni hari pertama start sekolah, cikgu- cikgu semua sibuk nak uruskan semua pelajar untuk dimasukkan ke kelas baru. Orang pertama yang aku jumpa adalah King kawan baik aku sejak form 2. "Hai King, good morning. You apa khabar? Best tak cuti sekolah?"tegurku selamba.." Oh hai Izrin, morning. Saya baik- baik sahaja lo. Saya punya cuti sekolah tak best sangat pun sebab saya hanya tinggal di rumah saja. So bored you know."jawabnya. Oh ya King ni seorang pelajar lelaki berbangsa Cina."You pula macam mana Izrin? Best ke you punya cuti sekolah?"tanyanya pula. "Hmmhh, macam mana saya mau kata. Nak cakap best takdelah best sangat King. Tapi kira berseronoklah juga"jawabku.Selepas perbualan pendek itu, kami berdua terus bergerak ke tapak perhimpunan untuk para cikgu menguruskan hal-hal pengurusan kelas-kelas baru. Tiba- tiba aku terlihat sesusuk tubuh yang tak mahu aku temui pada hari tersebut. Alangkah betapa terkejutnya aku bila melihatnya menghampiriku. Orang tersebut adalah Ilyana Aulia. Dia merupakan 'crush' ku di sekolah ni." Assalamualaikum, Izrin. Kau apa khabar? Lama tak jumpa"sapanya." Waalaikumsalam, Yana. Aku khabar baik je" balasku. "Aku rindulah nak bergurau dengan kau dengan geng kita"katanya. "Aku pun sama juga Yana. Rindu nak prank korang semua, haha"jawabku sambil ketawa. Untuk pengetahuan kamu semua, pada awalnya Yana ni 'bff' aku sejak form 1 lagi. Tapi disebabkan oleh satu insiden, hatiku telah dicuri oleh si Yana ni. Hmmhh, apa kan daya lagipun Yana ni seorang yang 'friendly',baik, jenis yang kasar dan yang paling korang kena tahu Yana ni seorang yang cantik orangnya.
Kembali pada waktu asal, aku, King dan kekawan sekelas aku yang tahun lepas kebanyakkanya semua satu kelas dengan aku, iaitu kelas 3putra1 manakala Yana telah dimasukkan ke kelas 3putra2. Guru kelas aku adalah Cikgu Rosel, guru mata pelajaran Sains. Dalam kelas.."Baiklah kamu semua nama saya adalah Puan Roselina. Kamu boleh panggil saya Puan Rosel. Saya mengajar kamu subjek Sains ya"cikgu Rosel memperkenalkan dirinya. Keadaan dalam kelas begitu riuh rendah dek kerana pertemuan semula kawan-kawanku. Mereka kelihatan sangat gembira dan saling berkongsi pengalaman bercuti masing-masing. Oh ya, aku duduk bersebelahan King dan di sebelahnya pula adalah Firzaul Irfan. Irfan juga merupakan kawan baikku tetapi sejak form 2. "Weyh Izrin..lama tak jumpa kau. Aku rindulah nak kacau-kacau kau. Kau apa cerita Izrin?"tegurnya." Hmmhh, ya semua orang rindu nak sakat aku, haha. Aku macam biasa je. Tak ada apa-apa cerita baru pun" balasku. Kringggkringgg.. kedengaran loceng sekolah berbunyi menandakan telah masuk waktu rehat, haha. Ketua tingkatan kami yang baru sahaja dipilih oleh cikgu Rosel iaitu Amira Izati menyuruh kami semua berdiri dan mengucapkan terima kasih kepada cikgu Rosel. "Terima kasih, cikgu" ucap kami serentak. Aku keluar dari kelas lalu terus menuju ke pusat sumber sekolah a.k.a perpustakaan. Oh untuk pengetahuan para pembaca saya merupakan pengawas pusat sumber begitu juga King dan Yana. Di sana, orang pertama yang aku temui adalah cikgu Siti iaitu guru penyelaras pusat sumber sekolah." Assalamualaikum cikgu" tegurku dengan pernuh hormat. "Waalaikumsalam Izrin" jawabnya lemah lembut. Cikgu Siti juga merupakan guru subjek Bahasa Melayu dalam kelasku. Tanpa membuang masa aku terus menuju tempat kesukaanku iaitu kaunter pinjaman dan pemulangan buku. "King tolong proses surat khabar" arahku. "Okay"balasnya tanpa membantah. First day lah nak katakan. Kemudian perkara yang aku tertunggu-tunggu telah berlaku, Yana masuk ke dalam pss dengan selambanya terus menuju ke kaunter pinjaman buku iaitu tempat aku berada sekarang ni. "Hai Izrin. Dah lama ke kau kat sini?"tanyanya. "Baru je sampai tadi"jawabku dengan penuh senyuman. "Oh okay, saja tanya" balasnya. Setelah selesai mencatat namanya pada buku log pengawas bertugas terus dia duduk bersebelahanku. Ini dah menjadi kebiasaan untuk kami bertugas bersama-sama. Tiba-tiba dia menaikkan suasana"Weyh Izrin, aku boringlah. Nak buat apa je eh hari ni? Dah lah hari ni first day, memang boring giler.."luahnya kepadaku. "Hmmhh, nak buat macam mana redha je lah.."balasku. Selang 20 minit , loceng habis rehat pun berbunyi. Semua pelajar menengah rendah balik ke kelas masing-masing. Aku balik ke kelas bersama-sama Yana. Aku pun tak tahu kenapa tetapi bila aku berada dekat dengannya jantung aku akan berdegup dengan laju. Fuuhh.. Izrin kuatkan semangat. Akhirnya tiba juga di kelasku. Kami juga berpecah untuk balik ke kelas masing-masing. Kelas Yana hanya bersebelahan sahaja dengan kelas aku.
To be continued..
YOU ARE READING
Sebuah Senyuman Untukmu
Teen FictionWalaupun kisah cinta kita hanya kekal sebagai sebuah mimpi, aku tetap gembira melihat kebahagiaan yang kamu miliki. Biarlah kisah antara kita terus berlalu. Kegembiraan dan kesedihan tidak akan kekal bersama kita selamanya. Biarlah senyumanku menjad...